• Di bawah KPWKM terdapat dua Bengkel Terlindung iaitu Bengkel Daya Klang, Selangor dan Bengkel Daya Sungai Petani, Kedah. Penubuhan bengkel ini adalah untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada OKU yang tidak mampu bersaing di pasaran luar. Di samping itu bengkel ini juga ditubuhkan untuk melatih mereka supaya berdikari dan meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang-bidang tertentu agar mereka mendapat lebih peluang bekerja di pasaran yang lebih terbuka. Bengkel Daya diurus dan beroperasi mengikut Kaedah-Kaedah Worksyop Terlindung 1979.
     
    Bengkel Daya menyediakan peluang pekerjaan di Unit Kerja (Bengkel Perusahaan) kepada pekerja OKU seperti jahitan, sulaman, roti dan pastri, dobi, peruncitan dan bistro (restoran).

    Tarikh Kemaskini :29/04/2021

    1. Warganegara Malaysia
    2. OKU berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
    3. Katogeri OKU Pembelajaran (Mild) atau OKU Fizikal
    4. Berumur 18 tahun-45 tahun
    5. OKU boleh berdikari
    6. Tidak ada penyakit berjangkit

    Tarikh Kemaskini :29/04/2021

  • Ibu bapa/penjaga atau Orang Kurang Upaya (OKU) berminat dan memenuhi syarat boleh membuat permohonan kemasukan ke Bengkel Daya melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian (PKMD) berhampiran tempat kediaman. Pemohon akan diminta melengkapkan dan menghantar borang serta dokumen yang berkaitan kepada PKMD berkenaan. OKU yang layak akan dipanggil untuk sesi temuduga untuk penilaian kemasukan ke Bengkel Daya.

    Tarikh Kemaskini :29/04/2021

  • a.           Borang Permohonan Kemasukan ke Bengkel Terlindung;
    b.           Salinan kad pengenalan pemohon;
    c.           Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara (jika berkaitan);
    d.           Borang Persetujuan Ibu Bapa/ Penjaga;
    e.           Borang KKA 5 Bahagian B – Kebenaran Pembedahan Semasa Kecemasan;
    f.            Salinan kad Pengenalan Ibu Bapa/ Penjaga.
     

    Tarikh Kemaskini :29/04/2021

  • a.           Borang Permohonan Kemasukan ke Bengkel Daya
    b.           Borang Persetujuan Ibu Bapa/ Penjaga;
    e.           Borang KKA 5 Bahagian B – Kebenaran Pembedahan Semasa Kecemasan;
     

    Tarikh Kemaskini :29/04/2021