Kanak - Kanak
-
Penerangan AM
Sistem Semakan Pesalah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak Dalam Daftar Kanak-kanak diwujudkan untuk membolehkan ibu bapa/individu/majikan yang mengambil seseorang untuk menguruskan kanak-kanak membuat semakan bagi memastikan individu tersebut tidak mempunyai sebarang rekod jenayah seksual terhadap kanak-kanak.
Semakan ini penting untuk mempertingkatkan perlindungan dan keselamatan terhadap kanak-kanak dan mencegah dan mengekang jenayah terhadap kanak-kanak daripada berlaku dan berulang.Tarikh Kemaskini :25/03/2021
-
Syarat-Syarat Permohonan Semakan
Pemohon yang dibenarkan untuk membuat semakan ini ialah ibubapa/individu/ majikan yang mengambil pekerja/kakitangan dalam sektor pekerjaan yang melibatkan kanak-kanak seperti:-
- Pengasuhan di TASKA atau di Rumah (cth: pengasuh)
- Penjagaan kanak-kanak di institusi/asrama/pusat jagaan (cth: warden asrama, atendan)
- Bidang pendidikan seperti tadika, pusat tuisyen (cth:guru, tukang kebun, pengusaha kantin, pengawal keselamatan)
- Kesihatan/perubatan di klinik/hospital (cth: atendan, jururawat, doktor)
- Pengangkutan seperti pemandu bas sekolah.
- Sukan dan Rekreasi
- Mana-mana yang ditentukan secara munasabah oleh KPKM.
- Semakan boleh dibuat ke atas pekerja sedia ada atau bakal pekerja dengan mengemukakan dokumen sokongan yang berkaitan.
Tarikh Kemaskini :25/03/2021
-
Prosedur Permohonan
- Pemohon boleh hadir ke mana-mana PKMD atau JKMN yang berdekatan untuk permohonan semakan ke ats pekerja atau bakal pekerja sekiranya terdapat rekod kesalahan jenayah terhadap kanak-kanak.
- Keputusan semakan akan dimaklumkan dalam tempoh masa
Tarikh Kemaskini :25/03/2021
-
Dokumen Yang Diperlukan
- Surat akaun majikan atau Pendaftaran syarikat atau pertubuhan
- Salinan kad pengenalan pekerja atau bakal pekerja
Tarikh Kemaskini :25/03/2021
-
Bayaran (Jika Perlu)
-
Tarikh Kemaskini :25/03/2021
-
Makluman
Sistem Semakan Jenyaha Seksual Terhadap Kanak-Kanak dalam Daftar Kanak-Kanak hanya menyimpan rekod kesalahan jenayah seksual terhadap kanak-kanak sahaja
Tarikh Kemaskini :25/03/2021
-
Borang
-
Tarikh Kemaskini :25/03/2021