Kanak - Kanak

-
Penerangan AM
Program Anak Pelihara JKM merupakan kanak-kanak kanak-kanak atau bayi terbuang dan tidak mempunyai ibubapa atau penjaga yang diselamatkan oleh JKM dan diserahkan kepada ibubapa pelihara yang diraskanb sesuai oleh KPKM sementara penempatan kepada ibubapa pelihara tersebut , kanak-kanak ditempatkan di tempat selamta (Rumah Kanak-Kanak
Tarikh Kemaskini :25/03/2021
-
Syarat-Syarat Permohonan
- Warganegara Malaysia Dan Menetap Di Malaysia.
- Berusia 25 Hingga 60 Tahun.
- Perkahwinan Secara Sah (5 Tahun Ke Atas)
- Bagi Perkahwinan Yang Kurang Dari 5 Tahun Dan Mempunyai Komplikasi Kesihatan Reproduktif Atau Kesihatan Yang Menyukarkan Proses Kehamilan Atau Perkahwinan Yang Lewat Juga Dipertimbangkan Permohonannya.
- Peluang Untuk Mendapat Anak Tipis Kerana Faktor Usia.
- Pemohon Bujang Boleh Dipertimbangkan Dan Perbezaan Umur Diantara Pemohon Dan Kanak-Kanak Mestilah Melebihi 21 Tahun. Pemohon Lelaki Bujang Dibenarkan Mengambil Kanak-Kanak Lelaki Sahaja.
- Mempunyai Pendapatan Yang Mampu Menyara Kehidupan Keluarga.
- Hendaklah Sihat Dari Segi Mental Dan Fizikal.
- Bebas Dari Rekod Jenayah.
- Keadaan Tempat Tinggal Yang Sesuai Dan Selamat.
- Menganut Agama Yang Sama Dengan Kanak-Kanak.
Tarikh Kemaskini :25/03/2021
-
Prosedur Permohonan
- Pemohon Perlu Ke PKMD Berdekatan
- Sediakan Dokumen Yang Diperlukan
- Permohonan Boleh Dibuat Secara Online Di Laman Sesawang Sistem Permohonan Anak Pelihara (http://anak.jkm.gov.my/index.php?menu=info) Atau Datang Sendiri Ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan (PKMD/J) Di Tempat Pemohon Bermastautin Atau Tinggal
Tarikh Kemaskini :14/04/2022
-
Dokumen Yang Diperlukan
- Gambar Ukuran Pasport (Suami/Isteri)
- Surat Pengesahan Dari Pegawai Perubatan Mengenai Status Kesihatan Pemohon (Suami/Isteri).
- Salinan Kad Pengenalan (Suami/Isteri).
- Salinan Sijil Nikah/ Sijil Pendaftaran Perkahwinan.
- Slip Gaji Atau Pengesahan Pendapatan (Suami/Isteri).
- Lain-Lain Dokumen Sokongan, Contah : Laporan Pakar Perubatan, Surat Sokongan Lain Dan Sebagainya.
Tarikh Kemaskini :25/03/2021
-
Makluman
Ibubapa Peliharaan
- Memberi Peluang Kepada Pasangan Suami Isteri Yang Tidak Mempunyai Anak Merasai Suasana Kehidupan Berkeluarga Mengikut Saluran Yang Betul.
- Dapat Menumpang Dan Mencurah Kasih Sayang Kepada Anak Pelihara
Anak Pelihara- Memberi Peluang Kepada Kanak-Kanak Menikmati Kehidupan Berkeluarga Dan Mendapat Belaian Kasih Sayang
- Rangsangan Untuk Tumbesaran Dari Aspek Fizikal, Mental, Sosial, Emosi Dan Psikologi
- Pendidikan Holistik Yang Lebih Baik Dan Sempurna
Tarikh Kemaskini :25/03/2021
-
Borang
Borang Pemohonan ibubapa pelihara
Tarikh Kemaskini :25/03/2021