• Salah satu komitmen Kerajaan sebagai langkah penyediaan intervensi awal kepada kanak-kanak OKU melalui Pertubuhan Sukarela Kebajikan  ialah dengan penubuhan TASKA OKU seperti berikut:
     
    1. TASKA OKU Down Sindrom TASKA ANISD ini yang dikendalikan oleh Persatuan Sindrom Down Malaysia, telah dibuka di Presint 11, Putrajaya dan mula beroperasi pada 1 Julai 2013;
    1. TASKA Mesra Cheshire (Fizikal) dikendalikan oleh Persatuan Rumah Amal Sabah (Sabah Cheshire Home) telah dibuka di Likas, Sabah dan mula beroperasi pada 11 November 2013;
    1. TASKA OKU Mesra Cheshire Sandakan (fizikal) dikendalikan oleh Persatuan Rumah dan Perkhidmatan Cheshire Sabah di Sandakan
    1. TASKA OKU Semangat Maju (Pembelajaran)TASKA Semangat Maju Ipoh dikendalikan oleh Persatuan Untuk Insan Bermasalah Intelek Perak telah dibuka di Kampung Tawas, Ipoh dan mula beroperasi pada 6 Januari 2014;
    1. TASKA OKU Autisme  (Autisme)TASKA Autism dikendalikan oleh Persatuan Autisme Sibu, telah dibukan di Sib      u, Sarawak dan mula beroperasi pada 2 Januari 2014;
    1. TASKA OKU Istika Jaya (Pendengaran)TASKA Istika Jaya dikendalikan oleh Persekutuan Orang Pekak Malaysia telah dibuka di Bandar Puchong Jaya dan mula beroperasi pada 6 Januari 2014; dan
    1. TASKA OKU St. Nicholas (Penglihatan)TASKA St. Nicholas ini dikendalikan oleh St. Nicholas’ Home, Pulau Pinang dan mula beroperasi pada 6 Januari 2014.  
    1. TASKA Istimewa OKU (pembelajaran) dikendalikan oleh Rumah Amal Kulim, Kedah di Kulim, Kedah;
    1. TASKA OKU Orkid (pembelajaran) dikendalikan oleh Persatuan Taska Negeri Selangor di Shah Alam, Selangor;
    1. TASKA OKU Ikhlas (terbuka kepada semua kategori) dikendalikan oleh Persatuan Insan Berkeperluan Khas di Melaka.
    1. TASKA OKU Auliya (down sindrom) dikendalikan oleh Pertubuhan Cakna OKU, Kelantan di Kubang Kerian, Kelantan;
    1. TASKA OKU Aulad (pembelajaran) dikendalikan oleh Persatuan Intervensi Awal dan Pendidikan Sindrom Down, Kota Bharu di Kota Bharu, Kelantan;dan
    1. TASKA OKU PSDKK (sindrom down) dikendalikan oleh Persatuan Sindrom Down Kota Kinabalu, Sabah di Kota Kinabalu, Sabah.

    Tarikh Kemaskini :03/05/2021

    1. Warganegara Malaysia
    2. OKU Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
    3. Berumur 4 tahun dan ke bawah

    Tarikh Kemaskini :30/04/2021

  • Ibu bapa atau penjaga boleh membuat permohonan kemasukan dengan menghubungi Pertubuhan Sukarela Kebajikan berkaitan.
     

    Tarikh Kemaskini :30/04/2021