• Institusi Kanak-Kanak di bawah kendalian JKM merupakan penempatan sementara bagi kanak-kanak dalam usaha memastikan kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak terjamin. Justeru, penempatan kanak-kanak di institusi JKM merupakan  pilihan terakhir setelah segala usaha telah dilakukan bagi mengesan waris untuk menemukan semula dan merapatkan kembali hubungan kanak-kanak dengan keluarga dan komuniti bagi meneruskan kelangsungan hidup  mereka belum berhasil.
     
              Salah satu elemen penting dalam aspek perkhidmataan jagaan, perlindungan dan pemulihan ke atas kanak-kanak di institusi adalah Program Pengintegrasian Semula penghuni ke pangkuan masyarakat. Matlamat utama program ini adalah untuk memberi ruang dan peluang kepda kanak-kanak untuk meneruskan kelangsugan hidup dalam komuniti secara kondusif. Untuk itu, penerimaan positif daripada ahli komuniti juga amat perlu dan penting bagi bagi memastikan pencapaian matlamat ini terutama bagi kanak-kanak yang terlibat dengan salahlaku jenayah dan berkonflik dengan undang-undang.
     
    Lantaran itu, salah satu aktiviti di bawah program pengintergrasian semula ini ialah menerima lawatan/ kunjung kasih daripada pihak jabatan dan agensi ke institusi kanak-kanak. Ia bertujuan untuk menjalin hubungan kerjasama atau kolaboratif bagi memastikan keperluan kanak-kanak di institusi dan selepas tamat perintah mahkamah dapat dipenuhi selaras kehenndak Konvekesyen Mengenai Hak Kanak-Kanak.

    Tarikh Kemaskini :25/03/2021

  • Jabatan/ Agensi ertinya mana-mana  Jabatan Kerajaan / swasta/  Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institut Pengajian Tinggi Swasta        (IPTS).
     

    Tarikh Kemaskini :25/03/2021

    1. Mengemukakan surat secara rasmi bagi Permohonan Lawatan ke Institusi Kanak-Kanak JKM yang ingin dilawati kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri (PKMN), Jabatan Kebajikan Masyarakatt Negeri (JKMN) di mana institusi yang ingin dilawati berada. Alamat JKMN boleh diperolehi melalui direktori Protal JKM.
    2. Dapatkan surat kelulusan daripada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri berkenaan.
    3. Setelah kelulusan permohonan ini diperolehi, pihak jabatan/ agensi hendaklah menghubungi institusi kanak-kanak berkenaan untuk urusan selanjutnya.
    4. Berikut adalah perkara penting yang perlu ada dan disertakan semasa mengemukakan permohonan lawatan iaitu :-
      1. Nama Jabatan / Agensi ;
      2. Tarikh dan masa lawatan;
      3. Nama Institusi yang ingin dilawati;
      4. Tujuan Lawatan;
      5. Bilangan peserta ;
      6. Senarai Peserta yang akan turut iaitu Nama, No. Dokumen Pengenalan Diri, Umur, Jantina  dan Jawatan;
      7. Kertas Kerja Program / Aktiviti (jika berkaitan);dan
      8. Lain-lain dokumen yang difikirkan perlu dan wajar.
    5. Bilangan peserta yang dibenarkan adalah tidak melebihi 20 orang pada satu-satu masa.
    6. Pertimbangan bagi kelulusan permohonan turut mengambil kira pematuhan kepada syarat tambahan sebagaimana peruntukan Perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak dan kekangan pihak institusi.
    7. Setelah permohonan diluluskan, surat kelulusan lawatan Ke Institusi yang ingin dilawati hendaklah dibawa bersama dan diserahkan kepada pihak pentadbiran institusi kanak-kanak berkenaan.
    8. Surat kelulusan ini hanya terpakai pada tarikh dan masa yang telah diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarat Negeri sebagaimana dalam surat kelulusan.
    9. Walaubagaimana pun, kelulusan permohonan lawatan keluarga  ini juga tertakluk kepada waktu lawatan dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbiran institusi kanak-kanak berkenaan dari semasa ke semasa.
    10. Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri boleh pada bila-bila masa membatalkan kelulusan permohonan yang dibuat sekiranya mendapati terdapat maklumat yang tidak benar atau palsu.
    11. Pelawat-pelawat bagi lawatan yang diluluskan turut tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak pentadbbiran institusi, akta dan peratura undang-undang yang berkuatkuasa.
     
     
     
     

    Tarikh Kemaskini :25/03/2021