• Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak ditubuhkan melalui peruntukan di bawah Seksyen 7A (1) Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611].  Mengikut Seksyen 7A Akta 611, PKKK ditubuhkan di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Kanak-Kanak yang dipengerusikan oleh YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
     
    Tujuan PKKK adalah bagi menyelaraskan perkhidmatan-perkhidmatan setempat kepada keluarga-keluarga dan kanak-kanak jika kanak-kanak memerlukan atau disyaki memerlukan perlindungan dan pemulihan atau kanak-kanak didapati bersalah atas apa-apa kesalahan.

    PKKK akan membantu dan memberi perkhidmatan sokongan kepada kanak-kanak yang berhadapan dengan masalah pelanggaran undang-undang atau berisiko terlibat dengan jenayah. Mereka akan memberikan nasihat kepada kanak-kanak dan keluarga bagi menangani punca sebenar kanak-kanak terlibat dengan jenayah.

    Tarikh Kemaskini :02/07/2024

    1. Latihan - Mendapatkan apa-apa pekerjaan atau latihan bagi kanak-kanak di bawah pengawasan.
    2. Seliaan- Membantu Pegawai Akhlak mengawasi kanak-kanak dalam percubaan dan jagaan susul kanak-kanak yang dilepaskan dari Asrama Akhlak, Tempat Perlindungan, Sekolah Diluluskan & Sekolah Henry Gurney (Seksyen 55A, 62A, 70 & 75).
    3. Kebajikan- Lawat kanak-kanak di tempat tahanan di dalam daerah atau kawasan PKKK itu ditubuhkan dan pastikan kanak-kanak itu diberi pemeliharaan dan pelindungan mengikut peruntukan Peraturan-Peraturan Tempat Tahanan 1950.
    4. Advokasi- Galakkan penyertaan masyarakat dalam perkara yang berhubungan dengan kebajikan kanak-kanak.
    5. Pemulihan - Bantu laksanakan program pemulihan bagi kanak-kanak di mana-mana Asrama Akhlak.
    6. Integrasi- Bantu Pegawai Akhlak untuk dapatkan penjaga/ibu/bapa peliharaan bagi mana-mana kanak-kanak di bawah pengawasan.
    7. Hendaklah melaksanakan mesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh masa 3 bulan.
    8. Mempunyai inisiatif dan usaha mendapatkan dana/ sumbangan luar bagi keperluan program/ aktiviti PKKK.
    9. Mengadakan jalinan kerjasama dengan agensi/NGO bagi meningkatkan perkhidmatan PPKK.
    10. Menjalankan tanggungjawab mengurus tadbir kewangan PKKK.

    SENARAI PKKK DI MALAYSIA TAHUN 2024
     
    BIL NEGERI BIL PKKK
    1 Perlis 1
    2 Kedah 12
    3 Pulau Pinang 5
    4 Perak 12
    5 Selangor 11
    6 WP Kuala Lumpur & Putrajaya 6
    7 Negeri Sembilan 7
    8 Melaka 3
    9 Johor 10
    10 Pahang 11
    11 Terengganu 7
    12 Kelantan 10
    13 Sarawak 12
    14 Sabah 29
    15 WP Labuan 1
    JUMLAH 137
     
    Kemaskini: 24.6.2024

    Tarikh Kemaskini :02/07/2024

    1. PKKK hendaklah terdiri daripada :
      1. Tidak lebih dari tujuh (7) orang ahli yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang sesuai dalam perkara yang berhubungan dengan pelindungan dan pemulihan kanak-kanak yang dilantik oleh Menteri;
      2. seorang Pegawai Pendidikan; dan
      3. seorang pegawai kanan polis.
    2. Pelantikan adalah daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat.
    3. PKKK diselia oleh seorang Pegawai Akhlak atau Pelindung
    4. Tempoh lantikan ahli PKKK hendaklah selama tempoh tidak lebih daripada 3 tahun dan boleh dilantik semula menurut budi bicara Menteri KPWKM.

    Tarikh Kemaskini :02/07/2024