• -

    Tarikh Kemaskini :25/03/2021

    • Melaporkan kes penderaan kepada JKM/Polis;
    • Pelaporan kes penderaan boleh dibuat kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berdekatan dengan tempat tinggal atau membuat aduan melalui Talian Kasih 15999; ATAU Whatsapp 019-26 15999
    • Aduan penderaan kanak-kanak boleh dilakukan melalui Twitter, Facebook KPWKM, JKM; Instagram

    Tarikh Kemaskini :25/03/2021

    1. Terima laporan atau aduan penderaan samada melalui media/Talian Kasih/surat/telefon/hospital;
    2. Membuat lawatan ke rumah/hospital;
    3. Pengenalpastian kes penderaan;
    4. Sekiranya penderaan tidak serius terus penyeliaan kes tersebut dan memberikan khidmat kaunseling dan bimbingan;
    5. Sekiranya penderaan yang serius  seperti seksual, fizikal atau emosi maka kanak-kanak dibawa ke hospital bagi  pemeriksaan perubatan serta rawatan perubatan;
    6. Membuat laporan polis sekiranya tidak dibuat oleh ahli keluarga atau pun doktor
    7. Selepas kanak-kanak telah menjalani rawatan perubatan atau selesaikan pemeriksaan oleh doktor dan telah disahkan oleh pegawai perubatan serta selesai perubatan yang mana kanak-kanak boleh keluar daripada hospital, Pelindung  membawa kanak-kanak ke Mahkamah Bagi Kanak-Kanak untuk mendapat perintah sementara bagi penempatan sementara di Rumah Kanak-Kanak atau di bawah orang yang layak dan sesuai (OYLS) bagi tempoh sebulan;
    8. Sementara penempatan kanak-kanak samada RKK atau OYLS, pelindung akan menjalankan suatu siasatan bagi penyediaan Laporan Pelindung untuk tujuan dikemukakan semula ke MBKK bagi perintah tetap penempatan kanak-kanak
    9. Semasa tarikh prosiding mahkamah, Pelindung akan membentangkan Laporan Pelindung serta syor penempatan kanak-kanak kepada Majistret MBKK untuk mengeluarkan suatu perintah.
    10. Perintah Tetap MBKK boleh menempatkan kanak-kanak  di bawah opsyen seperti berikut:-
      1. Ibubapa atau penjaga dikenakan bon serta perintah menghadiri bengkel interaktif;
      2. Orang Layak dan Sesuai (OYLS);
      3. Ibubapa pelihara;
      4. Penempatan di Pusat; dan
      5. Institusi Kanak-Kanak.
    11. Penyeliaan akan dilakukan oleh Pelindung dari semasa ke semasa selepas perintah mahkamah dikeluarkan.

    Tarikh Kemaskini :25/03/2021

  • -

    Tarikh Kemaskini :25/03/2021

  • SEKSYEN 28 AKK 2001 – Menyatakan mana-mana agggota keluarga yang mensyaki penderaan atau pengabaian kanak-kanak  wajib melaporkan kes kepada pihak berkuasa polis atau JKM. Mana-mana nagota yang gagal melaporkan jika disabitkan akan dikenakan hukuman denda tidak mellebih RM5,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali
     
    SESKYEN 29A AKK 2001 – Menyatakan bahawa mana-mana orang awam boleh melaporkan aduan penderaan dan pengabaian kanak-kanak kepada Pegawai Kebajikan Masyarakat

    Tarikh Kemaskini :25/03/2021

  • Kategori Penderaan dan Pengabaian Kanak-Kanak
    1. Penderaan fisikal
    2. Penderaan seksual
    3. Penderaan emosi
    4. Pengabaian kanak-kanak (emosi, fisikal, kognitif)
    5. Pengemisan kanak-kanak
    6. Meninggalkan kakanak-kanak tanpa penjagaan dalam tempoh masa yang lama
    Hukuman terhadap sabitan kesalahan penderaan dan pengabaian kanak-kanak:-
    Bagi pelaku  kesalahan jenayah  penderaan kanak-kanak sekiranya disabitkan dengan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya serta sebagai tambahan  kepada hukuman tersebut melaksanakan  khidmat masyarakat tidak boleh kurang daripada  36 jam dan tidak  lebih 240 jam  yang perlu dilaksankan dalam tempoh  tidak melebihi 6 bulan.

    Tarikh Kemaskini :25/03/2021

  • Borang  Perkhidmatan JKM
     

    Tarikh Kemaskini :25/03/2021