• Pusat Khidmat Setempat (PKS) Orang Kurang Upaya (OKU) dibina di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan kepada OKU di dalam satu tempat secara bersepadu. Ia berfungsi sebagai Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Pusat Rujukan OKU, Pusat Sumber Maklumat, Pusat Pengesanan Awal Kecacatan, Pusat Khidmat Nasihat dan Pusat Pendaftaran OKU. Penubuhan PKS adalah satu inisiatif untuk meningkatkan perkhidmatan kepada kumpulan sasar khususnya OKU. Teras perkhidmatan yang ditawarkan kepada OKU di PKS adalah seperti berikut:
     
    1. Pemulihan;
    2. Kesihatan;
    3. Pendidikan/ Latihan;
    4. Ekonomi/ Pekerjaan; dan
    5. Perkhidmatan Sokongan.

    Tarikh Kemaskini :30/04/2021

    1. Pusat Khidmat Setempat OKU Bedong
    Jalan Semeling
    08100 Bedong, Kedah
    No. Telefon : 04 – 4582711
    (Pengurus : Encik Azrul Azwar bin Ismail)
     
    1. Pusat Khidmat Setempat OKU Marang
    Jalan Sungai Kerak
    21600 Marang
    Terengganu
    No. Telefon : 09-618 1319
    (Pengurus : Wan Mohd Rosdi Bin Wan Harun)

    Tarikh Kemaskini :30/04/2021