Kanak - Kanak
-
Borang
-
Penerangan AM
Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 [Akta 308] dan Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012 (Peraturan-Peraturan TASKA 2012), mewajibkan semua TASKA berdaftar mematuhi standard minimum yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Di bawah Peraturan-Peraturan TASKA 2012, Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA (KAP) merupakan kursus yang diwajibkan ke atas pengusaha, pengurus, penyelia dan pengasuh TASKA berkuatkuasa 1 Januari 2013.
Peraturan-Peraturan TASKA 2012 mewajibkan semua pengusaha, pengurus, penyelia lulus KAP, manakala pengasuh perlu hadir dan lulus KAP dalam tempoh dua belas bulan bekerja. Latihan berkaitan pengasuhan dan didikan awal kanakkanak amat penting untuk menentukan kualiti asuhan dan didikan kanak-kanak di TASKA terjamin bagi memenuhi keperluan perkembangan menyeluruh, keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak serta menangani berlakunya insiden kemalangan dan kematian kanak-kanak.Tarikh Kemaskini :25/03/2021
-
Syarat-Syarat Permohonan
Individu yang boleh membaca dan menulis.
Tarikh Kemaskini :25/03/2021
-
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang perlu dimuatnaik dalam portal EZi2Care semasa permohonan sebagai peserta kursus adalah:
- Gambar bersaiz passport
- Salinan kad pengenalan depan dan belakang
Tarikh Kemaskini :25/03/2021
-
Bayaran
Yuran kursus adalah ditetapkan sebanyak RM800.00 seorang dan modul kursus sebanyak RM100.00 senaskah.
Tarikh Kemaskini :25/03/2021
-
Makluman
- Tempoh kursus selama 144 jam dan amali selama 40 jam, iaitu lebih kurang 29 hari sepenuh masa, manakala bagi kursus hujung minggu berlansung dalam tempoh 4 bulan.
- Sijil akan dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) setelah peserta lulus di dalam ujian amali dan ujian bertulis yang disedia oleh pihak JKMM.
Tarikh Kemaskini :25/03/2021
-
Prosedur Permohonan
Permohonan sebagai peserta kursus boleh dibuat dengan langkah berikut:
- Layari portal EZi2Care
- “Daftar sebagai Pengguna” dan memilih “Individu”.
- Memilih dan mendaftarkan kursus yang bersesuaian berdasarkan jadual kursus yang ditawarkan oleh agensi latihan.
- Pertanyaan lanjut mengenai pelaksanaan kursus boleh berhubung terus dengan agensi latihan berkaitan.
Tarikh Kemaskini :15/04/2021