Warga Emas
-
Desa Bina Diri
Desa Bina Diri (DBD) ditubuhkan untuk memberi jagaan, perlindungan dan pemulihan kepada pengemis dan orang papa bagi melahirkan individu yang produktif dan berkemahiran ke arah perubahan sikap yang positif untuk diintegrasikan semula ke dalam masyarakat.
Objektif penubuhan DBD adalah seperti berikut :
i. memberi perlindungan, penjagaan dan pemulihan kepada penghuni yang terdiri daripada golongan papa.
ii. melatih penghuni supaya dapat menyesuaikan diri dan dapat di intergrasikan semula ke dalam masyarakat.
iii. melengkapkan diri dengan asas pembelajaran dan kemahiran.Terdapat lima (5) buah DBD di bawah JKM.- DBD Mersing, Johor
- DBD Jerantut, Pahang
- DBD Kuching, Sarawak
- DBD Kota Kinabalu, Sabah
- Pusat Sehenti Bina Diri Sungai Buloh, Selangor.
Syarat Kemasukan :- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 - 59 tahun
- Tiada keluarga
- Tiada pendapatan
- Tidak menghidap penyakit berjangkit
Kaedah KemasukanPermohonan kemasukan diproses mengikut kaedah-kaedah (Rumah Kebajikan) Orang-Orang Papa 1981
i) Sukarela
ii) Perintah Mahkamah
Kemasukan adalah atas perintah Mahkamah mengikut Peruntukan Akta Orang-Orang Papa 1977
Tarikh Kemaskini :06/03/2017
-
Rumah Ehsan
Rumah Ehsan (RE) ditubuhkan untuk memberi jagaan, rawatan dan perlindungan kepada warga emas yang uzur, daif dan tidak berwaris agar dapat terus hidup dalam suasana yang selesa dan tenteram.
Perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di RE adalah seperti berikut :
• Penjagaan dan perlindungan
• Bimbingan dan kaunseling
• Perkhidmatan fisioterapi
• Bimbingan agama
• Rekreasi dancarapulih kerja
• Rawatan perubatan
Terdapat dua buah Rumah Ehsan (RE) di Malaysia.- RE Dungun, Terengganu.
- RE Kuala Kubu Bahru, Selangor.
- Warganegara Malaysia
- Tidak berupaya mengurus diri sendiri
- Tidak mempunyai waris/penjaga
- Tidak menghidap penyakit berjangkit
- Tidak ada sumber pendapatan/tidak mampu menyara diri sendiri
- Disahkan oleh pegawai perubatan kerajaan sebagai penyakit melarat
Permohonan kemasukan adalah secara sukarela mengikut Kaedah-Kaedah Pengurusan Rumah-Rumah Sakit Melarat 1978.
Tarikh Kemaskini :02/08/2017
-
Rumah Seri Kenangan
Bagaimana cara untuk memohon kemasukan Ke Institusi Warga Emas (Rumah Seri Kenangan) dan apakah syarat-syarat yang diperlukan?
Rumah Seri Kenangan (RSK) ditubuhkan untuk memberi jagaan dan perlindungan kepada warga emas yang daif demi menjamin kesejahteraan dan kualiti hidup mereka.
Perkhidmatan yang disediakan di RSK adalah:(i) Jagaan dan perlindungan
(ii) Bimbingan dan kaunseling
(iii) Aktiviti Rekreasi
(iv) Rawatan perubatan
(v) Terapi cara kerja
(vi) Fisioterapi
Terdapat sepuluh (10) buah RSK di bawah JKM- RSK Kangar, Perlis.
- RSK Taiping, Perak.
- RSK Kinta, Perak.
- RSK Seri Iskandar, Perak.
- RSK Cheras, Selangor.
- RSK Seremban, Negeri Sembilan.
- RSK Cheng, Melaka.
- RSK Johor Bahru, Johor.
- RSK Kemumin, Kelantan.
- RSK Bedong, Kedah.
Kriteria Kemasukan- Warganegara
- Berumur 60 tahun ke atas
- Tidak ada sumber pendapatan / tidak mampu menyara diri sendiri
- Tidak menghidap penyakit yang berjangkit
- Tidak mempunyai sanak saudara / waris
- Tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap
- Berupaya mengurus diri sendiri
Kaedah Kemasukani) Sukarela :
Permohonan kemasukan akan diproses mengikut Kaedah-Kaedah Bagi Pengurusan Rumah Orang-Orang Tua 1983
ii) Perintah Mahkamah :
Kemasukan adalah melalui perintah Mahkamah mengikut peruntukan Akta Orang-Orang Papa 1977
Tarikh Kemaskini :06/04/2021
-
Garis Panduan Pengurusan Harta Penghuni Institusi Warga Emas
GARIS PANDUAN PENGURUSAN HARTA PENGHUNI BAGI INSTITUSI WARGA EMAS JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
Garis panduan ini bertujuan menerangkan kepada Ketua Institusi warga emas mengenai kaedah bagi menguruskan apa jua harta milik penghuni sepanjang tempoh mereka berada di dalam jagaan Institusi Kebajikan samada di Rumah Seri Kenangan (RSK), Rumah Ehsan (RE), Desa Bina Diri (DBD), ataupun di Kompleks Penyayang Bakti (KPB).
Kuatkuasa garis panduan ini mulai 1 Februari 2019.
SENARAI BORANG DAN GARIS PANDUAN PENGURUSAN HARTA- Borang akuan penerimaan
- Borang pemakluman harta
- Borang wasiat penghuni Islam
- Borang wasiat penghuni bukan Islam
- Garis Panduan Pengurusan Harta Penghuni 2019
- Pemakluman Garis Panduan Pengurusan Harta Penghuni WE
Tarikh Kemaskini :25/01/2019