• GERAN PELANCARAN

    KADAR

    Maksimum RM2,700 sekaligus.
     
     
    TUJUAN
    •Pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga.
    •Mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.
     
    KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
    1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
    2. Kumpulan sasar JKM;
    3. Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa


    Tarikh Kemaskini :12/09/2022

  • BANTUAN ALAT TIRUAN / ALAT SOKONGAN

    KADAR

    Mengikut harga sebenar yang telah ditetapkan.

    TUJUAN
    •Membantu kumpulan sasar JKM yang kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk membeli anggota palsu atau alat sokongan seperti yang disyorkan oleh Pegawai atau Pengamal Perubatan (kerajaan/ swasta) atau Pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan;
    •Membolehkan kumpulan sasar JKM meningkatkan keupayaan dan mobiliti bagi menjalani kehidupan.  

    SYARAT KELAYAKAN 
    1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
    2. Kumpulan sasar JKM;
    3. Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa;
    4. Disyorkan oleh pegawai atau pakar perubatan (kerajaan/ swasta)/ Pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan;  
    Nota:
    Sumbangan daripada keluarga membiayai sebahagian dari kos alat tiruan/ alat sokongan adalah digalakkan.

    JENIS PERALATAN TIRUAN/ ALAT SOKONGAN ?
    • Anggota Palsu
    • Kerusi Roda
    • Alat Bantu Pendengaran
    • Alat-alat Keperluan Lain
    • Penggantian / Baik Pulih Alat


    Tarikh Kemaskini :12/09/2022

  • TABUNG BANTUAN MANGSA SERANGAN BINATANG BUAS

    Kumpulan Wang Amanah Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas, KPWKM ditubuhkan melalui Surat Ikatan Amanah di bawah Seksyen 10, Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61]. Surat  Ikatan Amanah telah dikemaskini pada 19 November 2021. Kumpulan Wang ini adalah bertujuan untuk menyalurkan pembiayaan bagi tujuan memberi bantuan kewangan kepada mangsa serangan binatang buas atau waris terdekat mangsa serangan binatang buas.
     
    Binatang   buas   ialah   hidupan   liar   atau   hidupan  akuatik  yang berbahaya dan berbisa serta yang boleh mengancam, menyerang dan mengakibatkan kecederaan atau kematian kepada manusia.

    KADAR
    1. Kadar minima RM200
    2. Bayaran penuh sebanyak RM10,000 bagi kes yang melibatkan kematian.
    3. Kadar bayaran bagi kehilangan upaya sebahagian dan kekal bergantung kepada tahap kecederaan.
    4. Kategori kecederaan dan jenis binatan buas akan disahkan oleh PERHILITAN/Jabatan Perikanan.



     


    Tarikh Kemaskini :07/07/2022