Orang Kurang Upaya
-
Pengenalan
Pendaftaran OKU adalah untuk mengumpul data atau statistik bagi maksud perancangan perkhidmatan / program pemulihan, pencegahan, latihan dan pendidikan serta intervensi awal. Kad Kenal Diri dikeluarkan kepada OKU yang berdaftar dengan JKM bagi memudahkan mereka berurusan dengan pihak-pihak yang berkenaan. Pendaftaran OKU ini boleh dilakukan di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah.
Tarikh Kemaskini :03/05/2021
-
Kategori OKU
Terdapat tujuh (7) kategori OKU yang boleh dipertimbangkan bagi pendaftaran OKU oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat seperti berikut:
1 Kurang Upaya Pendengaran
Tahap pendengaran boleh dibahagikan kepada lima (5) tahap seperti berikut:
Bil Kategori Tahap pendengaran Keterangan
i.
Normal
20 dBHL dan ke bawah
Boleh mendengar semua bunyi pertuturan
ii.
Ringan
21-40 dBHLBoleh mendengar bunyi perlahan.
Boleh mendengar bunyi pertuturan dalam suasana senyap.
iii.
Sederhana
41-70 dBHL
Sukar mendengar bunyi pertuturan dalam suasana senyap
iv.
Teruk
71-90 dBHL
Tidak dapat mendengar walaupun dalam suasana senyap.
Hanya mendengar bunyi kuat
Mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan orang lain
v.
Sangat teruk
91 dBHL dan ke atas
Tidak dapat mendengar walaupun bunyi kuat.
Mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan orang lain
Kurang Upaya Pendengaran Dan Kecacatan Telinga Kekal
Kurang upaya pendengaran bermaksud ketidakupayaan pendengaran kekal pada kedua-dua belah telinga ATAU di sebelah telinga.
Kecacatan telinga kekal merujuk kepada kecacatan struktur telinga / sindrom berkaitan yang mengganggu fungsi individu tersebut.
Seseorang individu layak disahkan sebagai kurang upaya sekiranya memenuhi salah satu atau lebih, dari empat (4) sub-kategori seperti berikut:
Bil Sub- Kategori Keterangan i. Bilateral hearing loss Kurang upaya Pendengaran diambil kira sekiranya:
a) Tahap pendengaran ≥40dBHL (dewasa) di telinga yang lebih baik berdasarkan purata 4 frequensi: (500Hz, 1KHz, 2KHz, 4KHz)
b) Tahap pendengaran ≥ 30dBHL (kanak-kanak) di telinga yang lebih baik berdasarkan purata 4 frequensi: 500Hz, 1KHz, 2KHz, 4KHz)
ii. Single sided deafness (SSD) / Profound unilateral hearing loss
Tahap pendengaran sangat teruk melebihi ≥ 91dBHL di sebelah telinga berdasarkan purata 4 frequensi: (500Hz, 1KHz, 2KHz, 4KHz)
iii. Kecacatan telinga kekal / sindrom berkaitan telinga /sindrom berkaitan pendengaran
contoh: microtia, atresia, anotia, Treacher Collins, Goldenhar syndrome etc.
Disahkan oleh Pakar Otorinolaringologi sahaja
iv. Lain-lain Syarat-syarat bagi pendaftaran OKU pendengaran adalah seperti berikut:- OKU pendengaran hendaklah disahkan oleh Pakar Otorinolaringologi;
- Pengesahan daripada Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran) juga diperlukan bagi memastikan pemohon telah mendapat diagnosis yang tepat sebelum dikategorikan sebagai OKU pendengaran.
2 Kurang Upaya Penglihatan
Kurang upaya penglihatan bermaksud buta kedua-dua belah mata ATAU buta di sebelah mata ATAU penglihatan terhad di kedua-dua belah mata ATAU lain-lain gangguan penglihatan kekal.
Kurang upaya penglihatan boleh dibahagi kepada empat (4) sub kategori seperti berikut:
Bil Sub Kategori Keterangan i. Terhad di kedua-dua belah mata penglihatan lebih teruk daripada 6/18 tetapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan atau medan penglihatan kurang dari 20 darjah dari fiksasi ii. Buta di kedua-dua belah mata penglihatan kurang daripada 3/60 atau medan penglihatan kurang dari 10 darjah dari fiksasi di kedua-dua belah mata iii. Buta di sebelah mata penglihatan kurang daripada 3/60 atau medan penglihatan kurang dari 10 darjah dari fiksasi di sebelah mata iv. Lain-lain gangguan penglihatan kekal
Contoh : albanismDisahkan oleh Pakar Oftalmologi sahaja
3 Kurang Upaya Pertuturan
Kurang upaya pertuturan bermaksud tidak boleh bertutur sehingga menyebabkan gangguan berkomunikasi dengan sempurna dan tidak boleh difahami oleh mereka yang berinteraksi dengannya. Keadaan ini adalah kekal atau tidak akan sembuh.
Bagi kanak-kanak, mestilah berdasarkan penilaian pada umur lima (5) tahun ke atas atau umur yang lebih awal bagi kes tertentu yang disahkan Pakar)
Kurang upaya pertuturan boleh dibahagikan kepada lima (5) sub kategori seperti berikut:Bil Sub Kategori Keterangan i. Kecelaruan Pertuturan dan Bahasa/ Kecelaruan komunikasi kompleks
(Complex Communication Disorders)
Contoh :
-Kanak kanak : pediatric speech and language disorders
-Dewasa : Aphasia
Berlaku apabila individu sukar untuk menghantar, menerima, memproses dan memahami konsep sesuatu sistem simbol secara lisan, bukan lisan atau maklumat grafik.
(Termasuk berkaitan masalah Kelewatan Perkembangan (GDD), pendengaran, masalah berkaitan sindrom, Autisme, ADHD, Stroke , Kecederaan Otak dan lain-lain berkaitan).
ii. Kecelaruan motor pertuturan (Motor Speech Disorder)
Contoh :
Apraxia, DysarthriaKelemahan dan ketidakfungsian struktur dan otot yang menghasilkan bunyi pertuturan menyebabkan kadar, kelancaran dan kejelasan pertuturan terganggu.
iii. Kecelaruan Suara (Voice Disorders)
Contoh :
Dysphonia/ Aphonia
Kualiti, kelangsingan dan kekuatan suara seseorang individu berbeza dari individu-individu lain yang mempunyai usia,jantina,budaya dan kedudukan geografi yang sama dengan individu tersebut.
iv. Kecelaruan kelancaran Pertuturan/Kegagapan (Fluency disorders)
Contoh :
Stuttering
Cluttering
Gangguan pada aliran pertuturan yang dicirikan oleh pengulangan, pemanjangan, sekatan dan hentian bunyi, perkataan dan ayat termasuk Spasmodic dysphonias dan Laryngeal tremor
v. Kecelaruan Resonan (Resonance Disorder)
Contoh : Hypernasality HyponasalityMasalah kesengauan pertuturan disebabkan oleh gangguan pada mekanisma pengaliran udara berpunca dari keabnormalan struktur pertuturan saperti sumbing lelangit (Cleft Palate), sekatan, masalah neurologi kegagalan fungsi velofaringeal dan Oromandibular dystonia Syarat-syarat bagi pendaftaran OKU pertuturan adalah seperti berikut:- OKU pertuturan hendaklah disahkan oleh Pakar Perunding Otorinolaringologi
- Pengesahan daripada Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) juga diperlukan bagi memastikan pemohon telah mendapat diagnosis yang tepat sebelum dikategorikan sebagai OKU pertuturan.
4 Kurang Upaya Fizikal
Kurang upaya fizikal bermaksud ketidakupayaan kekal anggota badan sama ada disebabkan oleh kehilangan ATAU ketiadaan ATAU ketidakupayaan mana-mana anggota badan yang boleh menjejaskan fungsi mereka dalam melakukan aktiviti asas sepenuhnya.
Aktiviti asas yang dimaksudkan ialah seperti penjagaan diri, pergerakan dan penukaran posisi tubuh badan. Keadaan ini boleh terjadi akibat daripada kecederaan (trauma) atau penyakit pada mana-mana sistem tubuh yang menyebabkan ketidakfungsian.
Kurang upaya fizikal boleh dibahagikan kepada tujuh (7) sub kategori seperti berikut:
Bil Sub Kategori Keterangan i. Limb Defect
(Acquired / Congenital)Keadaan di mana berlaku kehilangan separa atau sepenuhnya mana-mana bahagian anggota badan termasuk kehilangan:- Tangan
- Kaki
- Jari tangan / jari kaki
- kehilangan mana-mana ibu jari atau kehilangan keseluruhan mana-mana dua (2) jari- kehilangan mana-mana jari yang melibatkan tulang metacarpal/metatarsal.
Tulang metacarpal Tulang metatarsal ii. Spinal Cord Injury
Kecederaan saraf tunjang akibat trauma atau bukan trauma yang menjejaskan fungsi otot, deria serta autonomik di bahagian bawah aras kecederaan.iii. Strok
Keadaan di mana berlaku kekurangan atau kehilangan fungsi secara tiba-tiba melibatkan pertuturan, otot, deria, kognitif atau lain-lain sebahagian tubuh badan akibat kekurangan oksigen atau pendarahan di dalam otak.iv. Kerdil
(cth :Achon-droplasia)
Keadaan di mana ketinggian bagi seseorang adalah kurang daripada 142cm bagi lelaki dan kurang daripada 138cm bagi
wanita.
v. Traumatic Brain Injury Keadaan di mana berlaku kekurangan atau kehilangan fungsi secara tiba-tiba melibatkan pertuturan, otot, deria, kognitif atau lain-lain melibatkan sebahagian tubuh badan akibat kecederaan otak.
vi. Cerebral Palsy Keadaan kekal di mana berlaku masalah pergerakan dan postur yang menghadkan aktiviti akibat gangguan bukan progresif di bahagian otak . Terbahagi kepada tiga (3) jenis seperti berikut:
-Hemiplegia
-Diplegia
-Quadriplegia
- Lain-lain
vii. Lain-lain Contoh Duchenne Muscular Dystrophy dan penyakit kronik yang menyebabkan kurang upaya fizikal.
5 Kurang Upaya Pembelajaran
Kurang upaya pembelajaran bermaksud masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biologikalnya.
Kurang upaya pembelajaran boleh dibahagikan kepada enam (6) sub kategori seperti berikut:
Bil Sub Kategori Keterangan i. Global Developmental Delay (GDD)
Terbahagi kepada tiga (3) tahap seperti berikut:- Ringan
- Sederhana
- Teruk
Keadaan di mana berlaku perkembangan lewat sekurang-kurangnya dua (2) standard deviation dalam sekurang-kurangnya dua (2) domain samada gross motor/fine motor, speech/language, cognition, social/personal atau activities of daily living bagi pemohon berumur kurang dari lima (5) tahun. ii. Sindrom Down Terbahagi kepada tiga (3) tahap seperti berikut:- Ringan
- Sederhana
- Teruk
Berpunca dari kecelaruan kromosom yang terlebih iaitu pada kromosom 21. iii. Attention Defisit Hyperactivity Disorder (ADHD)
Terbahagi kepada tiga (3) tahap seperti berikut:- Ringan
- Sederhana
- Teruk
Kesulitan sepanjang hayat yang melibatkan tahap tumpuan serta kawalan impuls.
iv. Autisme (Autism Spectrum Disorder)
Terbahagi kepada tiga (3) tahap seperti berikut:- Ringan
- Sederhana
- Teruk
Autisme merupakan gangguan neurologi yang memberikan impak negatif kepada kanak-kanak dari segi kemahiran interaksi sosial dan imaginasi.
v. Intelektual
Terbahagi kepada tiga (3) tahap seperti berikut:- Ringan
- Sederhana
- Teruk
Kurang Upaya Intelektual merupakan kekurangan dari segi fungsi intelek (terencat akal/mental retardation) bagi kanak-kanak berumur lima (5) tahun ke atas. vi. Specific Learning Disability (Specific LD)
Dyslexia : Perbezaan cara otak berfikir dalam menghubungkan simbol visual dan bunyi seterusnya mengalami kesukaran membaca, menulis, memahami, mengeja dan mengira.
Dyscalculia: Keadaan yang mempengaruh keupayaan pemohon meguasai/memperoleh kemahiran arimetik.
Dysgraphia: Keadaan yang mempengaruh keupayaan skil motor halus pemohon seterusnya mendatangkan kesulitan membentuk huruf, menulis dan lain-lain.
Bagi pemohon yang mempunyai lebih daripada satu sub kategori pembelajaran, penentuan sub kategori bagi tujuan cetakan pada Kad OKU adalah berdasarkan sub kategori yang dominan.
Penentuan tahap pada sub kategori pembelajaran adalah optional.
OKU pembelajaran bagi kanak-kanak iaitu individu yang berumur di bawah 18 tahun boleh disahkan oleh Pegawai Perubatan.
6 Kurang Upaya Mental
Kurang upaya mental merujuk kepada keadaan penyakit mental yang teruk menyebabkan seseorang itu tidak berupaya berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakat.
Kurang upaya mental boleh dibahagikan kepada empat (4) sub kategori seperti berikut:Bil Sub Kategori Keterangan i. Organic Mental Disorder yang serius dan kronik - Dementia in Alzheimer’s disease
- Vascular dementia
- Other mental disorders due to brain damage and dysfunction and to physical disease
ii. Schizophrenia, Schizotypal and Delusional Disorders - Schizoaffective Disorders;
- Persistent Delusional Disorder; and
- Other non organic psychotic disorders
iii. Mood Disorder
- Bipolar affective disorder;
- Recurrent depressive disorder;
- Persistent mood disorders; and
- Other mood disorders.
iv. Severe Anxiety Disorder - Phobic Anxiety disorders (Fobia),
- Panic disorder;
- Generalized anxiety disorder;
- Mixed anxiety and depressive disorder; dan
- Obsessive Compulsive Disorder (OCD)
Syarat-syarat bagi pendaftaran OKU mental adalah seperti berikut:- OKU mental hanya boleh disahkan oleh Pakar Psikiatri yang berdaftar dengan National Specialist Register of Malaysia (NSR) sahaja;
- pemohon mestilah telah menjalani rawatan psikiatri sekurang-kurangnya dua (2) tahun.
7 Kurang Upaya Pelbagai
Kurang upaya pelbagai (Multiple Disabilities) bermaksud mempunyai lebih daripada satu jenis ketidakupayaan.
Tarikh Kemaskini :03/05/2021
-
Statistik Pendaftaran OKU
Statistik Pendaftaran OKU Mengikut Negeri dan Kategori Sehingga 31 Januari 2023
STATISTIK PENDAFTARAN OKU SEHINGGA 31 JANUARI 2023.
Tarikh Kemaskini :01/03/2023
-
Dokumen Pengenalan Sementara Orang Kurang Upaya (OKU)
Dokumen Pengenalan Sementara OKU ialah dokumen yang dikeluarkan setelah permohonan pendaftaran OKU diluluskan. Dokumen ini dikeluarkan atas permintaan OKU/ waris yang memerlukan dan sah dalam tempoh tiga puluh (30) hari sementara Kad OKU dicetak.
Tarikh Kemaskini :03/05/2021
-
Rayuan
Pemohon boleh membuat rayuan sekiranya permohonan pendaftaran OKU ditolak dengan mengemukakan surat permohonan kepada Ketua Pendaftar beserta laporan sosial pemohon untuk dikemukakan kepada Jawatankuasa Pendaftaran OKU di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (MBOKU) bagi pihak Menteri untuk membuat keputusan.
Tarikh Kemaskini :30/04/2021
-
Prosedur Permohonan
Permohonan pendaftaran OKU boleh dibuat di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan atau secara dalam talian dengan menggunakan Borang Permohonan Pendaftaran OKU (BPPOKU) Pindaan 2019 melalui sesawang www.jkm.gov.my atau www.oku.jkm.gov.my
Kelululusan Permohonan Pendaftaran OKU juga boleh disemak melalui sesawang www.jkm.gov.my atau www.oku.jkm.gov.my
Tarikh Kemaskini :03/05/2021
-
Syarat Permohonan
- Warganegara Malaysia;
- Telah disahkan oleh pakar perubatan/pegawai perubatan Kerajaan atau pakar perubatan/pengamal perubatan swasta yang berdaftar dengan National Specialist Register of Malaysia (NSR)/ Malaysia Medical Council (MMC)
* Bagi OKU jelas (kudung tangan/kaki, kudung ibu jari tangan/kaki atau kehilangan mana-mana 2 jari tangan/kaki) boleh disahkan oleh Penolong Pendaftar di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian
Tarikh Kemaskini :03/05/2021
-
Dokumen yang diperlukan
- Borang Perkhidmatan Jabatan Kebajikan Masyarakat;
- Borang Permohonan Pendaftaran OKU - BPPOKU (Pindaan 2019)
- Salinan MyKad / My Kid / surat beranak Salinan Kad OKU Lama (bagi kes pendaftaran semula)
- Sekeping gambar berukuran pasport bagi pemegang MyKid dan surat beranak
- Laporan perubatan yang berasingan (jika berkenaan)
Tarikh Kemaskini :04/05/2021
-
Borang Permohonan
SILA KLIK DI SINI UNTUK MENCETAK BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN OKU PINDAAN 2019
Borang Permohonan Pendaftaran OKU juga boleh diisi secara dalam talian dan dicetak melalui pautan: http://oku.jkm.gov.my/
Maklumat lanjut berkenaan pendaftaran OKU dan keistimewaan OKU berdaftar boleh diperolehi daripada Risalah Pendaftaran OKU dan Kesitimewaan kepada OKU berdaftar
Tarikh Kemaskini :10/01/2022
-
Senarai Kemudahan dan Keistimewaan OKU
Maklumat Kemudahan dan Keistimewaan bagi OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh didapati dalam risalah berikut:-
Risalah Permohonan Pendaftaran OKU dan Kemudahan Kepada OKU Berdaftar
Senarai Kemudahan dan Keistimewaan OKU
Tarikh Kemaskini :07/05/2024