• Nama      : Hezleen binti Hassan
    Jawatan  : Pengarah Bahagian Warga Emas
    Telefon    : 03-8323 2222
    Faks        : 03-8323 2056
    E-mel      : hezleenhassan@jkm.gov.my

    Tarikh Kemaskini :15/02/2022

  • PENGENALAN

    Bahagian ini dulunya dikenali sebagai Bahagian Warga Tua dan Keluarga.Bagi memperkasa perkhidmatan Warga Emas di Malaysia, Pelan Transformasi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tahun 2011-2015 telah membuat penstrukturan semula dan kini Bahagian ini dikenali sebagai Bahagian Warga Emas.
     
    Bahagian ini merancang, melaksana dan memantau program dan aktiviti yang berkaitan dengan warga emas dalam menangani isu dan cabaran peningkatan warga emas di Negara ini.
     
    Demi kesejahteraan warga emas, Bahagian ini dibahagikan kepada empat (4) cawangan iaitu
    i) Cawangan Perkhidmatan Institusi
    ii) Cawangan Pemerkasaan Warga Emas
    iii) Cawangan Sokongan Sosial Warga Emas
    iv) Cawangan Sekretariat Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Negara

    FUNGSI BAHAGIAN
    1. Memberi penjagaan dan perlindungan kepada warga emas di institusi kebajikan
    2. Menyediakan penjagaan, perlindungan dan latihan kemahiran kepada orang papa
    3. Mengukuhkan kerjasama serta perkongsian tanggungjawab antara agensi kerajaan dan Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK)
    4. Mengutamakan kesaksamaan peluang untuk mengakses pelbagai sumber selaras dengan prinsip yang ditekankan di dalam Dasar Warga Emas Negara

     

    Tarikh Kemaskini :03/04/2019

  • FUNGSI BAHAGIAN

    1. FUNGSI CAWANGAN PERKHIDMATAN INSTITUSI

     
    i. Keurusetiaan Mesyuarat Ketua Institusi / Penyelaras Negeri
    ii. Menyelaras dan memantau pengurusan operasi, pentadbiran dan kewangan Rumah Seri Kenangan (RSK), Rumah Ehsan (RE) serta Desa Bina Diri (DBD).
    iii. Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan program Lembaga Pelawat di RSK, RE dan DBD
    iv. Merancang dan menyediakan modul latihan kepada kakitangan RSK, RE dan DBD
    v. Menyelaras pelaksanaan modul JKM kemasukan warga emas ke RSK, RE dan DBD
    vi. Merancang dan menyelaras pembangunan fizikal RSK, RE dan DBD
    vii. Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) untuk warga emas di RSK, RE dan DBD

    2. CAWANGAN PEMERKASAAN WARGA EMAS
     
    i. Merancang, menyelaras dan memantau program-program strategik dan antarabangsa untuk kesejahteraan warga emas
    ii. Mengurusetiakan Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Kebangsaan
    iii. Membangunkan, menyelaras dan memantau pelaksanaan modul Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) untuk warga emas dalam institusi dan komuniti
    iv. Menyelaras dan memantau pelaksanaan program / aktiviti di peringkat Jawatankuasa Pembangunan Warga Emas Daerah
    v. Merancang, menyedia dan membangunkan program kerohanian dan keagamaan warga emas di institusi dan komuniti

    3. CAWANGAN SOKONGAN SOSIAL WARGA EMAS
     
    i. Merancang dan menyelaras program perkongsian bijak dengan sektor awam, swasta dan NGO
    ii. Merancang, menyelaras dan memantau pengurusan serta pelaksanaan aktiviti Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)
    iii. Merancang, menyelaras dan memantau perkhidmatan Unit Penyayang Warga Emas (UPWE)
    iv. Merancang, menyelaras dan memantau Projek Pemerkasaan Ekonomi warga emas
    v. Merancang, menyelaras dan memantau Program Respite Care di institusi dan komuniti
    vi. Merancang, menyelaras dan memantau Rumah Seri Kenangan (RSK) Komuniti
    vii. Memantau penyediaan perkhidmatan / aksesebiliti bagi warga emas
    viii. Mengumpul, menganalisis dan menyediakan laporan-laporan untuk pemantapan program warga emas

    4. CAWANGAN SEKRETARIAT MAJLIS PENASIHAT DAN PERUNDINGAN WARGA EMAS NEGARA
     

    i. Mengurusetiakan Mesyuarat Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Negara
    ii. Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Sosial dan Rekreasi (JKKSR) di bawah MPPWEN
    iii. Menyelaras dan memantau pelaksanaan program / aktiviti di peringkat Jawatankuasa Pembangunan Warga Emas Negeri dan Daerah





     

    Tarikh Kemaskini :03/04/2019



  • Tarikh Kemaskini :27/10/2017