• 1. Kanak-kanak Yang Memerlukan Pemeliharaan dan Perlindungan
    • Siasatan awal kanak-kanak yang didera atau diabai dijalankan dalam tempoh tidak melebihi 10 jam daripada aduan diterima.
    • Laporan pelindung disediakan dalam tempoh 1 bulan daripada tarikh perintah sementara diterima daripada mahkamah.

    2. Kanak-kanak Yang Memerlukan Perlindungan dan Pemulihan
    • Siasatan awal dijalankan segera daripada kes dirujuk
    • Laporan inkuiri dan Laporan Sosial dikeluarkan dalam masa 30 hari daripada tarikh perintah sementara diterima daripada mahkamah.
    • Keputusan mahkamah dimaklumkan kepada kanak-kanak dan ibu / bapa / penjaga dalam tempoh tidak melebihi 7 hari daripada tarikh perintah mahkamah diterima.

    3. Kanak-kanak Yang Tidak Terkawal
    • Laporan Akhlak disediakan tidak melebihi 30 hari daripada tarikh perintah sementara diterima daripada mahkamah.

    4. Kanak-kanak Yang Terlibat Dengan Jenayah
    • Laporan Akhlak disediakan tidak melebihi 7 hari sebelum tarikh Jatuh Hukum.
    • Keputusan mahkamah dimaklumkan kepada kanak-kanak dan ibu / bapa / penjaga dalam tempoh tidak melebihi 7 hari daripada tarikh perintah mahkamah diterima.

    5. Pengangkatan Melalui Akta Pengangkatan 1952
    • Laporan Guardian-ad-Litem Anak Angkat disediakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh mahkamah.

    6. Pengangkatan Melalui Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952
    • Laporan Pendaftaran Pengangkatan disediakan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

    7. Permohonan Anak Pelihara
    • Maklumbalas bagi permohonan Anak Pelihara diberi dalam tempoh tidak melebihi 2 bulan daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

    8. Bantuan Kewangan
    • Bantuan Kanak-kanak (BKK) - Keputusan permohonan Bantuan Kanak-kanak dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
    • Bantuan Anak Pelihara (BAP) - Keputusan permohonan Bantuan Anak Pelihara dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
    9. Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA)
    • Sijil Perakuan Pendaftaran dikeluarkan kepada pengusaha Taman Asuhan Kanak-kanak dalam tempoh tidak melebihi 21 hari daripada tarikh permohonan lengkap diterima.
    • Sijil Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) dikeluarkan kepada Pengusaha / Penyelia / Pengasuh / Pegawai Penyelaras TASKA / Pegawai Berkuasa TASKA dalam tempoh tidak melebihi 3 bulan daripada tarikh peperiksaan dijalankan.
    • Keputusan permohonan sebagai agensi yang diberi pengiktirafan untuk menjalankan KAAK dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan lengkap diterima.
    • Keputusan peperiksaan Jurulatih Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak dimaklumkan kepada peserta dalam tempoh tidak melebihi 3 bulan daripada tarikh peperiksaan dijalankan.
     
    10. Bengkel Interaktif
    • Bengkel Interaktif dikendalikan kepada kanak-kanak bersama-sama ibu / bapa / penjaga yang diperintahkan oleh mahkamah dalam tempoh tidak melebihi 21 hari daripada tarikh rujukan yang lengkap diterima.


    Tarikh Kemaskini :01/06/2016

  • 1. Pendaftaran Orang Kurang Upaya
    • Pendaftaran dan Kad OKU dikeluarkan dalam tempoh tidak melebihi 14 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
     
    2. Kemasukan Ke Institusi
    • Keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Orang Kurang Upaya dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 2 bulan daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
    3. Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan
    • Keputusan permohonan Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 2 bulan daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

    4. Bantuan Kewangan
    • Elaun Pekerja Cacat (EPC)
    • Keputusan permohonan Elaun Pekerja Cacat dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
    • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
    • Keputusan permohonan Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

    5. Kaunseling dan Psikologi
    • Keputusan permohonan mendapatkan khidmat kaunseling dan psikologi dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 5 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
    • Intervensi Krisis dikendalikan dalam tempoh 24 jam dari masa kes itu diterima.


    Tarikh Kemaskini :01/06/2016

  • 1. Kemasukan Ke Institusi Warga Emas / Rumah Ehsan
    Keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Warga Emas / Rumah Ehsan dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 2 bulan tarikh permohonan yang lengkap diterima.
     
    2. Bantuan Kewangan Bantuan Orang Tua (BOT)
    Keputusan permohonan Bantuan Orang Tua dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

    3. Kaunseling dan Psikologi
    • Keputusan permohonan mendapatkan khidmat kaunseling dan psikologi dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 5 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
    • Intervensi Krisis dikendalikan dalam tempoh 24 jam dari masa kes itu diterima.


    Tarikh Kemaskini :08/06/2016

  • 1. Keganasan Rumah Tangga
    • Siasatan awal kes keganasan rumah tangga dijalankan dalam tempoh tidak melebihi 10 jam daripada aduan diterima.
    • Intervensi awal kes keganasan rumah tangga dijalankan dalam tempoh tidak melebihi 1 jam kepada mangsa keganasan rumah tangga yang hadir ke pejabat.
     
    2. Bantuan Kewangan 
    • Bantuan Am (BA)
    Keputusan permohonan Bantuan Am dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
    • Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
    Keputusan permohonan Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
    • Bantuan Lantihan Perantis (BLP)
    Keputusan permohonan Bantuan Latihan Perantis dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
    • Bantuan Geran Pelancaran (BGP)
    Keputusan permohonan Bantuan Geran Pelancaran dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 2 bulan daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
    • Bantuan Sekolah (BS)
    Keputusan permohonan Bantuan Sekolah dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
     
    3. Perintah Khidmat Masyarakat
    • Laporan Sosial Pesalah Muda disediakan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh kertas pertuduhan diterima daripada Polis / Mahkamah.
    • Laporan Kemajuan Pesalah Muda dikemukakan kepada Mahkamah dalam tempoh 7 hari daripada tarikh permohonan lengkap diterima.
    • Laporan Penilaian Pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat dikemukakan kepada Mahkamah / keluarga / pelatih dalam tempoh 14 hari daripada tarikh tamat pelaksanaan perintah.
    • Keputusan perpindahan tempat pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat dimaklumkan kepada pelatih dalam tempoh tidak melebihi 21 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
    4. Pusat Jagaan
    Sijil Perakuan Pendaftaran dikeluarkan kepada pengendali Pusat Jagaan dalam tempoh tidak melebihi 21 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
     
    5. Kaunseling dan Psikologi
    • Keputusan permohonan mendapatkan khidmat kaunseling dan psikologi dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 5 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
    • Intervensi Krisis dikendalikan dalam tempoh 24 jam dari masa kes itu diterima.


    Tarikh Kemaskini :08/06/2016

  • 1. Kemasukan ke Institusi Desa Bina Diri Secara Sukarela
    Keputusan permohonan kemasukan ke Desa Bina Diri dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 2 bulan daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
     
    2. Kaunseling dan Psikologi
    • Keputusan permohonan mendapatkan khidmat kaunseling dan psikologi dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 5 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
    • Intervensi Krisis dikendalikan dalam tempoh 24 jam dari masa kes itu diterima.


    Tarikh Kemaskini :08/06/2016

  • 1. Geran Pertubuhan Sukarela Kebajikan
    • Keputusan permohonan Bantuan Geran dimaklumkan kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) pada minggu ketiga (3) bulan April dan Ogos pada setiap tahun.
    • Perjanjian Persefahaman pemberian geran di antara Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ditandatangani dalam tempoh tidak melebihi 14 hari selepas menerima Surat Setuju Terima Bantuan Geran JKM daripada Pertubuhan Sukarela Kebajikan.
    • Bayaran Geran kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) dibuat dalam tempoh tidak melebihi 30 hari selepas Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) menandatangani Perjanjian Persefahaman.
    2. Permit Pegawai Dagang
    Surat sokongan dikeluarkan kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) bagi permohonan sokongan permit Pegawai Dagang dalam tempoh tidak melebihi 14 hari bekerja daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

    3. Pengecualian Cukai Pertubuhan Sukarela Kebajikan
    Ulasan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi permohonan sokongan pengecualian cukai daripada Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) dan syarikat korporat / swasta disediakan dalam masa 1 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

    4. Pendaftaran Pertubuhan Sukarela Kebajikan
    Ulasan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan bagi permohonan sokongan pendaftaran pertubuhan daripada Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) dan syarikat korporat / swasta dibuat dalam tempoh tidak melebihi 14 hari bekerja daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

    5. Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)
    Keputusan permohonan menjalankan program tanggungjawab sosial oleh syarikat korporat / swasta dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 21 hari bekerja daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

    6. Pembangunan Komuniti
    Kelulusan permohonan bantuan geran bagi melaksanakan Projek Organisasi Komuniti dimaklumkan kepada klien dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

    7. Kaunseling dan Psikologi
    • Keputusan permohonan mendapatkan khidmat kaunseling dan psikologi dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 5 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
    • Intervensi Krisis dikendalikan dalam tempoh 24 jam dari masa kes itu diterima.


    Tarikh Kemaskini :08/06/2016

  • 1. Pengoperasian Bilik Gerakan Bencana
    • Bilik Gerakan Bencana peringkat Ibu Pejabat JKMM akan dibuka dalam tempoh 24 jam selepas pengumuman Bencana Tahap III (negara) diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara.
    • Laporan status terkini kejadian Bencana Tahap III akan dilaporkan setiap 2 jam sekali sehingga Bilik Gerakan ditutup.

    2. Bantuan Jangka Pendek
    Bantuan Jangka Pendek iaitu makanan kering, tikar, selimut dan set kit bencana disalurkan segera kepada mangsa di pusat pemindahan.

    3. Bantuan Jangka Panjang
    Keputusan Bantuan Jangka Panjang untuk pemulihan keluarga mangsa dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima selepas berakhirnya sesuatu kejadian bencana.

    4. Kaunseling dan Psikologi
    • Keputusan permohonan mendapatkan khidmat kaunseling dan psikologi dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 5 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
    • Intervensi Krisis dikendalikan dalam tempoh 24 jam dari masa kes itu diterima.


    Tarikh Kemaskini :08/06/2016



  • Tarikh Kemaskini :01/06/2016