• Nama     : Hamidah binti Ismail
    Jawatan: Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat
    Telefon  : 03-8323 2332
    Faks      : 03-8323 2072
    E-mel    : hamidah.ismail@jkm.gov.my

    Tarikh Kemaskini :08/09/2022

  • PENGENALAN
    Bahagian Pengurusan Maklumat (PM) adalah salah satu bahagian dibawah Pengurusan Strategik, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Bahagian ini menyediakan perkhidmatan sokongan ICT kepada warga JKM merangkumi Ibu Pejabat JKM, JKM Negeri (JKMN), Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) dan Institusi dibawah seliaan JKM dan bertanggungjawab terhadap perkembangan dan penyelarasan ICT di JKM.

    OBJEKTIF 
    i.   Mempertingkatkan Kecekapan Pengurusan ICT Bagi Menyokong Keperluan Strategik JKM Dan Membudayakan ICT Kepada Warganya.
    ii.  
    Memastikan Program ICT JKM Dilaksanakan Dengan Cekap Dan Berkesan Selaras Dengan Kehendak Stakeholders.
    iii. 
    Menyediakan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan Kepada Orang Awam Melalui Portal JKM Secara Meluas.
    iv. 
    Menyedia Dan Mengurus Kemudahan Infrastruktur Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Yang Berkesan.  

    SISTEM TERAS JABATAN
    i.   eBantuan - Pengurusan maklumat penerima bantuan JKM. 
    ii.  
    SMOKU -  Pengurusan maklumat OKU dan perkhidmatan penyediaan Kad OKU. 
    iii.  
    MyResearch - Pengurusan permohonan dan kelulusan pelajar dan ahli akademik bagi menjalankan kajian sosial di Institusi JKM. 
    iv. 
    eZi2Care - Pengurusan pendaftaran Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA (KAP) yang dilaksanakan oleh agensi yang diiktiraf oleh JKM.
    v.  
    Anak Pelihara - Pengurusan Permohonan Anak Pelihara.
    vi. 
    InfoBanjir - Pengurusan Maklumat Mangsa dan Pusat Penempatan Banjir.
    vii. 
    InfoJKM - Aplikasi mobile untuk mendapatkan maklumat mengenai Pusat Jagaan dan status Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan (PSK)


    Tarikh Kemaskini :02/04/2019

  • FUNGSI BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT
    Bahagian Pengurusan Maklumat (PM) bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan yang berkaitan dengan komputer dan teknologi maklumat (IT) kepada Bahagian-bahagian di Ibu Pejabat JKM dan cawangan-cawangan JKM di seluruh negara. Selain itu, Bahagian PM juga bertanggungjawab terhadap pembangunan, penyelenggaraan dan penambahbaikan sistem aplikasi JKM sejajar dengan keperluan Jabatan dan perkembangan teknologi semasa.


    FUNGSI CAWANGAN

    1. CAWANGAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN SISTEM
    i.     Mengenalpasti keperluan pengkomputeran dan sistem aplikasi Jabatan 
    ii.    Membangunkan sistem aplikasi Jabatan 
    iii.   Mengendalikan urusan pemasangan sistem 
    iv.   Mengkaji dan membuat penilaian prestasi sistem aplikasi 
    v.    Membangun dan menguruskan sistem pangkalan data Jabatan 
    vi.   Memantau sistem dan aplikasi mematuhi tahap kualiti dan piawai yang ditetapkan 
    vii.  Merancang pembangunan penggunaan sumber teknologi maklumat 
    viii. Mengurus dan menyelenggara portal JKM 
    ix.  Merancang dan menyediakan kertas-kertas kerja berkaitan pembangunan sistem 
    x.   Mengurus perolehan perisian. 
    xi.  Menganggotai Jawatankuasa ICT peringkat Jabatan dan Kementerian (JPICT) bagi melaporkan kedudukan projek ICT agensi dan pembentangan projek pembangunan ICT untuk kelulusan Kementerian
     
     
    2. CAWANGAN INFRASTRUKTUR, SEKURITI DAN SOKONGAN TEKNIKAL
    i.    Memastikan keselamatan rangkaian Jabatan
    ii.   Mengurus masalah kerosakan dan menaiktaraf peralatan ICT.
    iii.  Mengurus perolehan perkakasan.
    iv.  Mengemaskini dan memantau sistem Helpdesk Online bagi mengendalikan aduan dan masalah teknikal secara online.
    v.   Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah perisian dan perkakasan.
    vi.  Mengurus dan menyelia pengoperasian emel 1GovUC Jabatan
    vii. Memantau pengoperasian rangkaian 1Gov*Net JKM
    viii. Penyeliaan pengoperasian DRC JKM
    ix.  Penyeliaan pengoperasian Sistem Keselamatan
    x.   Pelaksanaan Backup Aplikasi
    xi.  Melaksana dan mengawasi Sistem Pengoperasian Jabatan


    Tarikh Kemaskini :06/06/2018



  • Tarikh Kemaskini :31/03/2023