PROGRAM PERKHIDMATAN JOB COACH

PROJECT TO SUPPORT PARTICIPATION OF PERSONS WITH DISABILITIES [PHASE I] merupakan projek kerjasama antara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Japan International Cooperation Agency Japan (JICA) yang bermula pada 1 September 2009 hingga 31 Ogos 2012. Perjanjian persefahaman ini telah ditandatangani pada 4 Mac 2009.  Fasa ini memberi fokus kepada Sokongan Pekerjaan  “Job Coach” dan  Disability Equality Training (DET). Tujuan projek ini adalah untuk menggalakkan penyertaan OKU di dalam masyarakat melalui Sokongan Pekerjaan. Fasa ini merupakan fasa pembangunan dengan memberi kesedaran dan kefahaman kepada agensi dan kakitangan di sekitar Lembah Klang mengenai ketidakupayaan dan sokongan pekerjaan kepada OKU. Disamping memberi kesedaran kepada masyarakat, fasa ini juga memberi tumpuan kepada pembangunan modul-modul latihan, melahirkan jurulatih-jurulatih DET dan Job Coach untuk melahirkan lebih ramai advocator  dan Job Coach di seluruh Malaysia. 
 
Melihat kepada keperluan, projek kerjasama ini diteruskan dengan projek yang sama iaitu  PROJECT TO SUPPORT PARTICIPATION OF PERSONS WITH DISABILITIES [PHASE II] pada 1 September 2012 hingga 31 Ogos 2015. Fasa kedua merupakan fasa pelaksanaan dengan memperluaskan kesedaran mengenai ketidakupayaan dan sokongan pekerjaan di seluruh Malaysia. Program Perkhidmatan Job Coach (PPJC) telah diperkenalkan yang bertujuan untuk menggalakkan pekerjaan yang berkekalan kepada OKU di pasaran pekerjaan terbuka. Job Coach adalah individu yang dilatih mempunyai berpengalaman dan profesional dalam memberi sokongan kepada OKU. Job Coach menjadi penghubung antara OKU dan majikan dengan menyediakan sokongan untuk kedua-dua belah pihak seperti berikut:
 
i. Penilaian OKU: Membuat penilaian dan memahami keadaan OKU
ii. Penilaian Tempat Kerja: Membuat penilaian persekitaran tempat kerja
iii. Job Matching: Mengubah keadaan kerja dan menyusun semula tugas-tugas yang bersesuaian dengan OKU atas kebenaran majikan
iv. Sokongan Intensif: Menyediakan sokongan untuk OKU dan majikan di tempat kerja
v. Natural Support: Mewujudkan sokongan rakan sekerja OKU untuk mengurangkan sokongan Job Coach secara beransur- ansur.
vi. Follow-up: Sokongan berkala untuk mengekalkan OKU dalam pekerjaan.
PPJC menyediakan elaun sebanyak RM 15.00 sejam kepada Job Coach yang memberi sokongan pekerjaan kepada OKU. Jumlah maksima yang boleh dituntut oleh setiap OKU yang disokong adalah sebanyak RM 900.00.

Perkhidmatan Job Coach yang telah diperkenalkan pada tahun 2012 melalui kerjasama antara Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) dan Japan International Cooperation Agency (JICA) adalah yang merupakan inisiatif untuk memberi sokongan pekerjaan kepada OKU.  Bagi tempoh ini, seramai :
 
i.  1,397 orang OKU telah mendapat pekerjaan melalui perkhidmatan Job Coach (2012-2020).
 
ii. 770 majikan yang telah menggajikan OKU melalui perkhidmatan Job Coach (2012-2020).
 
iii.  49 orang Job Coach Trainer yang terdiri daripada pelbagai agensi termasuk sektor awam, swasta dan NGO (2010-2020).
iv.  2,773 orang Job Coach yang telah dilatih melalui kursus Job Coach di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (2010-2020).
 
v. 4,002 orang OKU telah berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam  (Sumber Jabatan Perkhidmatan Awam, Disember 2019).
 
vi.  15,326 orang OKU telah bekerja di Sektor Swasta  (sumber Kementerian Sumber Manusia, Jun 2020).
 
 
 

Maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan Job Coach boleh diperolehi daripada Risalah Program Perkhidmatan Job Coach  dan Garis Panduan Job Coach



 
Tarikh Kemaskini : 18/04/2024
', start: '', end: '', className: 'third-color-custom', id: '6625' }, ], eventClick: function(info) { //alert(info.id); $('#my-content').load('/jkm/index.php?r=portal/activitydetail&id=' + info.id); // myModal.show(); //window.location.href = "/jkm/index.php?r=portal/activitydetail&id=" + info.id; } }); // var myModal = new bootstrap.Modal(document.getElementById('myModal'), {});