Pusat Jagaan
Pengenalan
AKTA PUSAT JAGAAN 1993 [AKTA 506]
Akta Pusat Jagaan 1993 [Akta 506] digubal bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran pemeriksaan dan penguatkuasaan ke atas pusat jagaan dan bagi perkara yang berkaitan dengannya demi menentukan kebajikan, kesejahteraan, dan keselamatan penghuni diutamakan.
DEFINISI PUSAT JAGAAN
Menurut Seksyen 2 Akta 506, “jagaan” adalah termasuk perlindungan, pengawasan, pemulihan dan latihan. Manakala “pusat jagaan” pula bermaksud pusat jagaan berkediaman dan pusat jagaan harian.
DEFINISI PUSAT JAGAAN BERDAFTAR
“pusat jagaan berdaftar” merupakan suatu pusat jagaan yang didaftarkan di bawah Seksyen 6 Akta 506. Di bawah Seksyen 5 (1), tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengambil bahagian dalam pengurusan suatu pusat jagaan yang tidak didaftarkan di bawah Akta ini. Seksyen 5 (2) memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang melanggar Subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan.
KATEGORI PUSAT JAGAAN
Seseorang yang merupakan saudara samada melalui pertalian darah, persemendaan atau pengangkatan di sisi undang-undang tidak dikira dalam menentukan bilangan penghuni di sesebuah pusat jagaan. Contohnya, ibu, bapa, anak, adik, abang, kakak, datuk, nenek, cucu, bapa saudara, ibu saudara atau anak saudara.
SYARAT-SYARAT PENUBUHAN PUSAT JAGAAN

- Pusat Jagaan Harian
- Pusat Jagaan Berkediaman
Seseorang yang merupakan saudara samada melalui pertalian darah, persemendaan atau pengangkatan di sisi undang-undang tidak dikira dalam menentukan bilangan penghuni di sesebuah pusat jagaan. Contohnya, ibu, bapa, anak, adik, abang, kakak, datuk, nenek, cucu, bapa saudara, ibu saudara atau anak saudara.
SYARAT-SYARAT PENUBUHAN PUSAT JAGAAN
- Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS);
- Memenuhi standard minimum JKM iaitu :
- Nisbah penjaga dengan penghuni :
Kategori Peringkat Nisbah Kanak-Kanak / Remaja 4 tahun ke bawah 1 : 5 4 hingga 10 tahun 1 : 18 10 tahun ke atas 1 : 18 Orang Kurang Upaya (OKU) OKU Biasa 1 : 10 OKU teruk / terlantar 1 : 4 Warga Emas Warga Emas biasa 1 : 18 Warga emas berpenyakit / terlantar
- : 4
-
Penjaga warganegara atau bukan mestilah berumur 18 tahun ke atas;
-
Mematuhi nisbah penghuni dengan ruang lantai iaitu :
-
Remaja dan warga emas adalah 3.0 meter persegi;
-
Kanak-kanak berumur di bawah 10 tahun dan OKU ialah 3.5 meter persegi
-
-
Menyediakan dan mempamerkan jadual menu makanan yang seimbang dan jadual aktiviti mengikut peringkat umur dan keperluan penghuni;
-
Pusat jagaan hendaklah mempunyai kemudahan, peralatan dan perabot yang sesuai, selamat dan mencukupi bagi keperluan penghuni;
-
Menyedia dan menyenggara rekod-rekod di pusat jagaan; dan
-
Menjaga kebersihan dan keselamatan di dalam dan luar premis Pusat jagaan.
- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
- Jabatan Bomba dan Penyelamat;
- Jabatan Kesihatan; dan
- Jabatan Tanah dan Survei (negeri Sarawak sahaja)
Tarikh Kemaskini : 01/12/2023