Psychological Support Team (PST) dan Sahabat Psychological Support Team (sPST)
PSYCHOLOGICAL SUPPORT TEAM (PST)
Psychological Support Team (PST) merupakan pasukan sukarelawan yang ditubuhkan untuk memperkasakan keperluan perkhidmatan kaunseling dan psikologi kepada komuniti. Ia juga merupakan platform untuk memperkasa kepakaran sukarelawan Kaunselor dan Pegawai Psikologi dari pelbagai lapangan. Inisiatif ini adalah untuk membantu mengurangkan isu-isu yang berkaitan dengan masalah sosial/krisis dalam komuniti.
PST hendaklah mempunyai kriteria seperti berikut:
SAHABAT PSYCHOLOGICAL SUPPORT TEAM (sPST)
Sahabat Psychological Support Team (sPST) merupakan sukarelawan sokongan kepada PST di PCC atau komuniti. Sukarelawan ini bertujuan untuk menggalakkan penglibatan ahli dalam komuniti setempat bagi membantu mengurangkan impak dan membendung isu-isu sosial dan krisis. Platform ini adalah untuk memperkasakan penglibatan komuniti untuk komuniti dalam aspek “engagement dan outreach”.
sPST yang ingin memohon menjadi sukarelawan hendaklah mempunyai kriteria seperti berikut:-
Antara ciri-ciri yang perlu ada pada sukarelawan sPST adalah seperti berikut:-

- Individu yang mempunyai lesen sebagai Kaunselor berdaftar;
- Individu yang dilantik sebagai Pegawai Psikologi samada Gunasama/Bukan Gunasama;
- Individu yang mempunyai tahap pendidikan dalam bidang Kaunseling atau Psikologi; (diploma/ijazah/PHD/ seangkatannya) dan
- Terbuka kepada semua bangsa, jantina & agama; dan
- Berumur 20 tahun dan ke atas.
SAHABAT PSYCHOLOGICAL SUPPORT TEAM (sPST)
Sahabat Psychological Support Team (sPST) merupakan sukarelawan sokongan kepada PST di PCC atau komuniti. Sukarelawan ini bertujuan untuk menggalakkan penglibatan ahli dalam komuniti setempat bagi membantu mengurangkan impak dan membendung isu-isu sosial dan krisis. Platform ini adalah untuk memperkasakan penglibatan komuniti untuk komuniti dalam aspek “engagement dan outreach”.
sPST yang ingin memohon menjadi sukarelawan hendaklah mempunyai kriteria seperti berikut:-
- Berusia 18 tahun dan ke atas;
- Keutamaan diberikan pada pemimpin setempat/ ketua blok/ Jawatankuasa komuniti/ pelajar IPT/IPTS;
- Terbuka kepada semua bangsa, jantina & agama.
Antara ciri-ciri yang perlu ada pada sukarelawan sPST adalah seperti berikut:-
- Ahli komuniti yang aktif
- Mempunyai personaliti yang positif
- Prihatin dalam isu-isu kemasyarakatan dan krisis semasa
- Mempunyai sifat kepimpinan
- Mempunyai sifat ingin menolong dalam aspek kesejahteraan psikologi
- Bersedia untuk menyumbangkan idea dan komitmen
Tarikh Kemaskini : 01/12/2023