Komuniti

Perkhidmatan

PENGENALAN

Bahagian Komuniti telah diwujudkan pada tahun 1983 dengan dikenali sebagai Bahagian Perkembangan Sosial. Selaras dengan keperluan semasa, Bahagian ini telah ditukar kepada Bahagian Perundingan dan Khidmat Masyarakat (PKM) pada tahun 1988. Pada Ogos 2005, Bahagian ini telah ditukar ke Bahagian Pembangunan Komuniti dan bermula pada Februari 2014 sehingga kini ,Bahagian ini diberi nafas baru dan dikenali sebagai Bahagian Komuniti.

Bahagian Komuniti ini menumpukan perhatian kepada penglibatan masyarakat dalam Pembangunan Komuniti melalui penyertaan aktif Pertubukan Bukan Kerajaan (NGO), Komuniti Setempat, Sektor Swasta, Para Sukarelawan dan Komuniti tempatan yang dilakukan melalui kerjasama Strategik. Terdapat empat Cawangan di Bahagian ini iaitu;

CAWANGAN DI BAHAGIAN KOMUNITI  

1.  Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK)
  1. Pengurusan Bantuan Khas Perbendaharaan (BKP)
  2. Pembangunan PSK
  3. Pengurusan Bantuan Kewangan Kerajaan kepada PSK
  2. Pemerkasaan Komuniti
  1. Projek Organisasi Komuniti (POK)
  2. Program Pembangunan Komuniti di PPR @ Kawasan Berisiko Tinggi
  3. Urban Transformation Center (UTC)
  4. Program Khidmat Bantu di Rumah (Home Help Services)
 3.  Hubungan Multisektorat
  1. Jaringan Kerjasama Multisektoral
  2. Sumbangan Korporat
  3. Portal My Corporate Care
  4. Pengurusan Bengkel Terlindung
4. Kesukarelaan
  1. Sukarelawan JKM
  2. Volunteer To Institusion (V2i)
  3. Pusat Aktiviti Sukarelawan / Volunteer Activity Centre (V@C)
  4. Program Ganjaran Sukarelawan / Volunteer Reward Program (VRP)
Antara Objektif Bahagian adalah;
  • Menggalakkan dan memberi dorongan kepada komuniti tempatan supaya lebih bertanggungjawab, bersatu padu dan bekerjasama bagi memenuhi keperluan golongan masyarakat tertentu ke arah kesejahteraan dan pembangunan masyarakat;
  • Mengalakkan penglibatan dan sumbangan masyarakat dalam perkhidmatan kebajikan sukarela; dan
  • Menggalakkan program dan aktiviti pembangunan sosial.
Definisi Pembangunan Komuniti ;
 
Pembangunan Komuniti merupakan satu gerakan yang dibentuk bagi meningkatkan tingkat kehidupan keseluruhan komuniti menerusi penyertaan aktif, dan jika boleh atas inisiatif komuniti sendiri, jika tidak, boleh menggunakan teknik-teknik bagi menyemarakkan lagi penyertaan aktif dan responsif terhadap gerakan tersebut. (Batten, T.R, 1957 – Communities and their development)
 
Proses yang menggabungkan usaha anggota komuniti dan kerajaan bagi tujuan meningkatkan ekonomi, sosial dan keadaan kebudayaan komuniti bagi menyatupadukan mereka ke dalam kehidupan negara dan membolehkan mereka menyumbang sepenuhnya kepada kemajuan negara (United Nation, 1960)
 
Satu proses tindakan sosial yang berterusan atau bertahap-tahap dalam mana individu dalam komuniti menyusunatur diri mereka secara formal atau tidak formal untuk merancang dan bertindak secara demokratik; menentukan keperluan/kehendak dan masalah bersama; merangka rancangan secara kumpulan atau individu untuk mencapai kehendak dan menyelesaikan masalah; melaksanakan rancangan dengan bergantung sepenuhnya ke atas sumber-sumber dalaman komuniti; dan disokong oleh khidmat-khidmat dan bantuan daripada kerajaan atau agensi bukan kerajaan dari luar komuniti bila dan jika perlu (Biddle, 1965 – Community Development Process)
 
Pembangunan komuniti ialah strategi yang menekankan kepada memajukan diri sendiri, sokongan kerjasama, membina integrasi kejiranan dan keupayaan bagi tujuan menyelesaikan masalah dan penampilan diri, serta menggalakkan tindakan kolektif atau bersama untuk membawa keperluan dan kehendak komuniti kepada pengetahuan dan perhatian golongan pembuat keputusan (Policy makers) – (Thomas,1993)
 
  Falsafah Pembangunan Komuniti ;
 
Tujuan pembangunan komuniti
Ciri-ciri yang terdapat dalam definisi pembangunan komuniti
Liputan (Coverage) pembangunan komuniti
 
   i. Tujuan asas Pembangunan Komuniti ;

 
Meningkatkan taraf hidup
Membawa perubahan sosial
Meningkatkan kesejahteraan
Meningkat kualiti hidup
Membawa keadilan sosial
 
  ii. Ciri-ciri yang terdapat dalam definisi Pembangunan Komuniti;
 
Penyertaan demokratik dan aktif
Mengenalpasti dan mengatasi masalah bersama
Berusaha mencapai keperluan secara bersama
Kesedaran bersama dan tindakan secara kolektif
Penentuan kendiri : berdikari, jaya diri, daya juang
Inisiatif sendiri (campur tangan kerajaan dan NGO- jika perlu)
Utamakan penggunaan sumber dalam dan sumber luaran
Peluang untuk tunjuk: asah bakat/terampilan diri
Kemampuan menguasai diri dan sekeliling
 
   iii. Liputan Pembangunan Komuniti;

 
Penyediaan kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, komunikasi, pegangkutan, peribadatan.
Penyediaan perkhidmatan seperti perkhidmatan kesihatan, keselamatan, pendidikan, ekonomi.
Pemodenan pertanian/penternakan/tangkapan seperti skim-skim galakan, subsidi, bantuan peralatan, skim pengairan, khidmat nasihat dan teknikal, infrastruktur.
Penyediaan institusi latihan seperti giat MARA, kolej komuniti, pusat latihan kemahiran.
 


 

Tarikh Kemaskini : 06/12/2021