Program dan Aktiviti Dalam Pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat

PROGRAM DAN AKTIVITI DALAM PELAKSANAAN PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT
  • Program dan aktiviti yang dibentuk dan dijalankan terhadap pelatih akan mengambil kira ketiga-tiga elemen dalam Perintah Khidmat Masyarakat  ( Hukuman, Pemulihan dan Penginsafan ) serta pengintegrasian bagi memastikan pelatih mendapat manfaat sepenuhnya.
  • Program - program dilaksanakan disetiap negeri dan program yang dilaksanakan dalam skala yang besar dalam bentuk kem dilaksanakan mengikut zon; dan
  • Pelbagai program telah diatur bagi menyokong usaha pemulihan pelatih PKM yang berada dalam lingkungan usia produktif dan mempunyai prospek masa depan yang masih panjang.
A) Program - Program Peringkat Negeri :
i. Program Keceriaan
  Objektif : 
a. membentuk semangat bantu membantu di kalangan pelatih supaya menjadi individu yang berkeyakinan agar semangat ini 
    dapat diterapkan di dalam kehidupan seharian.
b. memberi peluang kepada pelatih membentuk penghargaan kendiri yang baik kepada penghuni institusi melalui aktiviti keceriaan.
c. mendidik para pelatih tentang tanggungjawab sosial dan khidmat bakti kepada masyarakat.
d. memberikan impak ceria dan indah kepada kawasan institusi untuk dinikmati oleh kakitangan dan penghuni.
e. menimbulkan perasaan ceria kepada semua yang terlibat.

ii.Program Skill  
Objektif :

a. memberi pendedahan kepada pelatih untuk memperolehi  kemahiran baru selain tumpuan dalam bidang akademik.
b. memberi kesedaran kepada pelatih bahawa mereka masih mempunyai peluang dalam meneruskan kehidupan dan kerjaya berdasarkan
    kemahiran yang diperolehi.
c. memberi peluang kepada pelatih untuk peningkatan kemahiran ke tahap seterusnya.
d. memberi pendedahan kemahiran kepada pelatih sebagai persediaan menjadi insan yang boleh memenuhi keperluan dalam kegiatan 
    industri dan ekonomi.  


iii. Program Kerjaya
Objektif :

a. mewujudkan kerjasama dengan pihak majikan bagi membuka peluang pekerjaan kepada pelatih.
b. memberi kesedaran kepada pelatih bahawa mereka masih mempunyai peluang dalam meneruskan kehidupan dan kerjaya.
c. memberi pengalaman kepada pelatih untuk melihat dengan jelas proses dan cara kerja di tempat yang sebenar.
d. membangkitkan semangat bagi mencapai hasrat dan cita-cita yang impikan mengikut saluran yang betul.
e. memberi peluang kepada pelatih untuk tujuan penempatan.

iv. Program Keibubapaan
Objektif :

a. mewujudkan persefahaman dan komunikasi yang berkesan antara ibubapa dengan anak remaja.
b. membantu ibubapa membentuk remaja berdidplin dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran hidup.
c. membantu ibubapa membimbing remaja mennangani perubahan , perkembangan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa.

B) PROGRAM-PROGRAM BERSKALA BESAR ( PERINGKAT ZON )
i. Kem Jati diri

   Program ini adalah berasaskan konsep pemulihan dan penginsafan dengan menekankan perubahan sikap dan jati diri pelatih melalui
   ceramah, Latihan Dalam Kumpulan (LDK ) dan aktiviti luar.

Objektif ;
a. menimbulkan kesedaran dan keinsafan melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni dalam mencapai kecemerlangan diri,
    keluarga dan masyarakat.
b. mendedahkan pelatih kepada pembelajaran praktikal yang bersepadu daripada segi jasmani, pemikiran dan rohani bagi membentuk peserta
    menjadi insan yang seimbang.
c. meningkatkan jati diri dan mengubah tingkah laku pelatih untuk menjadi insan yang berguna.
d. meningkatkan keyakinan diri pelatih melalui aktiviti fizikal berkonsepkan disiplin dan penerapan disiplin kendiri yang boleh diperolehi
    sepanjang menjalani program.

ii. Kem Kerohanian
   
Program ini adalah berasaskan konsep pemulihan dan penginsafan dengan menekankan perubahan sikap dan keinsafan diri pelatih melalui
    ceramah, Latihan Dalam kumpulan (LDK) dan aktiviti luar. Pada masa yang sama program keagamaan yang dijalankan dapat memberi
    pelajaran, pengalaman dan keinsafan dari segi kerohanian dan intergriti. Mewujudkan jalinan kerjasama antara Jabatan Kebajikan Masyarakat
    (JKM) dengan Jabatan Agama Islam melalui perkongsian kepakaran yang terlatih dalam usaha pembentukan jati diri pelatih Perintah Khidmat
    Masyarakat.

Objektif ;
a. menimbulkan keinsafan melalui penghayatan amalan nilai-nilai kerohanian dalam menyuntik kesedaran hati nurani peserta yang pernah
    melakukan kesilapan agar tidak mengulanginya lagi.
b. membentuk keperibadian peserta beristiqamah dan kenatl dalam menangkis sebarang pengaruh negatif yang boleh memudaratkan diri agar
    berupaya menjadi insan bermanfaat kepada agama dan masyarakat sejagat.
c. mengukuhkan kefahaman peserta dalam aspek aqidah dan solat sebagai tunjang utama seorang muslim untuk mengubah tingkah laku
    menjadi insan yang lebih baik.

iii. Kem Integrasi
     
Tujuan diadakan program ini adalah bagi memenuhi elemen utama dalam pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat iaitu Hukuman, 
     Pemulihan dan Penginsafan
seterusnya mengintegrasikan pelatih kepagkuan masyarakat.  Program ini merupakan kemuncak kepada
     Pelan Intervensi Sosial yang telah disusun sepanjang tahun bagi menyampaikan perkhidmatan pemulihan yang berkesan terhadap pelatih. 

Objektif ;
a.  memberi kesedaran kepada pelatih dari segi keperibadian ke arah perubahan sahsiah diri yang positif hasil daripada program yang dirangka
     bersama masyarakat.
b.  mengembalikan kefungsian sosial pelatih dalam menyedarkan mereka akan peranan dan kefungsian diri sebagai ahli masyarakat bagi
     menyumbang bakti, saling menyokong dan menjana sinergi baru ke arah kesejahteraan sosial.
c.  mengintegrasikan pelatih bersama masyarakat untuk meningkatkan daya siang dan kebolehpasaran pelatih ke arah penjanaan pendapatan ,
     membina peluang kerjaya dan hidup berdikari dalam masyarakat.
d.  meningkatkan self-esteem , memupuk disiplin diri dan mencungkil bakat dan potensi dalam bidang sukan yang diminati. 
 
Tarikh Kemaskini : 26/04/2024