Perlindungan kepada Mangsa Pemerdagangan Orang
“orang yang diperdagangkan” ertinya "mana-mana orang yang menjadi mangsa atau objek perbuatan pemerdagangan orang”
“pemerdagangan orang” ertinya segala perbuatan merekrut, mengangkut, memindahkan, memperoleh, mengekalkan, menlindungi, menyediakan atau menerima, seseorang, bagi maksud eksploitasi dengan cara yang berikut :
a) ancaman atau penggunaan kekerasan atau bentuk paksaan yang lain:
b) pemelarian;
c) fraud;
d) perdayaan;
e) penyalahgunaan kuasa;
f) penyalahgunaan kedudukan orang yang mudah terdedah kepada bahaya perbuatan pemerdagangan orang; atau
g) pemberian atau penerimaan bayaran atau faedah untuk memperolehi kerelaan seseorang yang mempunyai kawalan ke atas orang yang diperdagagangkan".
Jagaan dan Perlindungaan Lanjut
Seksyen 54(3) menyatakan "Mahkamah boleh, atas permohonan yang dibuat oleh Pegawai Pelindung atau pegawai penguat kuasa, dan setelah berpuas hati bahawa orang yang diperdagagangkan itu memerlukan jagaan dan perlindungan lanjut atas sebab yang munasabah atau bagi maksud pengurusan penghantaran pulang, membuat perintah supaya orang yang diperdagangkan itu ditempatkan di tempat perlindungan bagi apa-apa tempoh lanjut sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majistret"
Rumah Perlindungan ke Empat (RP4)
Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan tiga pusat perlindungan kepada mangsa perdagangan orang. Terdapat satu bagi lelaki dewasa dan dua daripadanya untuk kanak-kanak. Bahagian Perintah Khidmat Masyarakat dipertanggungjawabkan untuk memantau pengurusan dan program yang dilaksanakan oleh RP4 yang dikhaskan kepada mangsa pemerdagangan lelaki sahaja.
RP4 menyediakan perlindungan kepada mangsa pemerdagangan orang yang telah mendapat perintah perlindungan interim dibawah seksyen 44 (2) dan Perintah Perlindungan di bawah Sekyen 51 (3) (a), ATIPSOM 2007;
Mengambil orang ke dalam jagaan sementara
Seksyen 44 (2) Majistret hendaklah membuat perintah perlindungan interim bagi orang yang ditempatkan di tempat perlindungan selama tempoh dua puluh satu hari bagi maksud menjalankan penyiasatan dan siasatan di bawah seksyen 51.
Penyiasatan, siasatan dan Perintah Perlindungan
Seksyen 51(3)(a) ialah orang yang diperdagangkan dan memerlukan jagaan dan perlindungan, Majistret boleh membuat suatu Perintah Perlindungan—
(i) dalam hal orang yang diperdagangkan ialah seorang warganegara atau pemastautin tetap
Malaysia, memerintahkan orang yang diperdagangkan itu ditempatkan di tempat perlindungan
selama tempoh tidak melebihi tiga bulan dari tarikh perintah itu; atau
(ii) dalam hal orang yang diperdagangkan ialah seorang warganegara asing, memerintahkan orang
yang diperdagangkan itu ditempatkan di tempat perlindungan selama tempoh tidak melebihi
tiga bulan dari tarikh perintah itu, dan selepas itu melepaskannya kepada pegawai imigresen
untuk tindakan yang perlu mengikut peruntukan Akta Imigresen 1959/63;
Perkhidmatan yang disediakan seperti berikut:-
- Keperluan Asas
- Rawatan Kesihatan
- Kaunseling
- Nasihat Perundangan
- Pelindungan Mangsa semasa ke mahkamah
- Program Pembangunan Sosial
- Aktiviti Riadah dan Sukan
- Membantu permohonan mangsa bagi mendapatkan kebenaran untuk bergerak bebas dan bekerja
- Bayaran Elaun kepada magsa pemerdagangan
Tarikh Kemaskini : 07/06/2023