DEFINISI
Seksyen 2, Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 mendefinisikan perdagangan orang sebagai perekrutan, pengangkutan, pemindahan, pelindungan, penyediaan atau penerimaan seseorang bagi maksud eksploitasi.
Bagi pengertian eksploitasi pula Seksyen 2 telah mendefinisikan ia sebagai segala bentuk eksploitasi sama ada seks, kerja atau perkhidmatan paksa, perhambaan atau amalan yang menyerupai perhambaan, pengabdian atau aktiviti yang menyalahi undang-undang atau pemindahan organ manusia.
 
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Bahagian Kanak-Kanak Memantau pengurusan dan program yang dilaksanakan di Rumah Perlindungan yang digazetkan sebagai tempat perlindungan di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang Dan Penyeludupan Migran  (ATIPSOM Pindaan 2007) . Fungsi rumah perlindungan ini adalah untuk memberi perlindungan kepada mangsa pemerdagangan kanak-kanak dan penyeludupan migran dikalangan kanak-kanak. terdapat dua buah rumah perlindungan yang memberi perlindungan kepada kanak-kanak di bawah umur 18 tahun iaitu Rumah Perlindungan Rembau Negeri Sembilan (untuk kanak-kanak perempuan) dan Rumah Perlindungan Bukit Senyum, Johor (untuk kanak-kanak lelaki).
 
Perkhidmatan Yang Disediakan di Rumah Perlindungan adalah seperti berikut: 
  • Perlindungan
  • Makanan
  • Kemudahan Perubatan
  • Pembelajaran
  • Latihan Dan Kemahiran Vokasional
  • Kaunseling
  • Rekreasi

TATACARA PERLINDUNGAN 
  • Pegawai penguatkuasa (Imigresen, Polis, Agensi Penguatkuasaan Maritim dan Jabatan Tenaga Kerja membawa kes-kes yang disyaki kepada mahkamah.  jika dikenalpasti sebagai kes-kes di bawah ATIP SOM mereka akan diberikan perintah perlindungan interim oleh mahkamah
  • sekiranya disahkan oleh mahkamah sebagai kes yang memerlukan perlindungan di bawah ATIP SOM, mangsa akan diberi perlindungan interim selama 14 hari untuk siasatan lanjut.
  • selapas 14 hari mangsa akan dibawa semula ke mahkamah untuk mendapat perintah perlindungan sehingga 3 bulan atau sehingga siasatan selesai
     
Tarikh Kemaskini : 29/03/2024