Piagam Pelanggan
Piagam Pelanggan Kanak - kanak
1. Kanak-kanak Yang Memerlukan Pemeliharaan dan Perlindungan
2. Kanak-kanak Yang Memerlukan Perlindungan dan Pemulihan
3. Kanak-kanak Yang Tidak Terkawal
4. Kanak-kanak Yang Terlibat Dengan Jenayah
5. Pengangkatan Melalui Akta Pengangkatan 1952
6. Pengangkatan Melalui Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952
7. Permohonan Anak Pelihara
8. Bantuan Kewangan
10. Bengkel Interaktif
- Siasatan awal kanak-kanak yang didera atau diabai dijalankan dalam tempoh tidak melebihi 10 jam daripada aduan diterima.
- Laporan pelindung disediakan dalam tempoh 1 bulan daripada tarikh perintah sementara diterima daripada mahkamah.
2. Kanak-kanak Yang Memerlukan Perlindungan dan Pemulihan
- Siasatan awal dijalankan segera daripada kes dirujuk
- Laporan inkuiri dan Laporan Sosial dikeluarkan dalam masa 30 hari daripada tarikh perintah sementara diterima daripada mahkamah.
- Keputusan mahkamah dimaklumkan kepada kanak-kanak dan ibu / bapa / penjaga dalam tempoh tidak melebihi 7 hari daripada tarikh perintah mahkamah diterima.
3. Kanak-kanak Yang Tidak Terkawal
- Laporan Akhlak disediakan tidak melebihi 30 hari daripada tarikh perintah sementara diterima daripada mahkamah.
4. Kanak-kanak Yang Terlibat Dengan Jenayah
- Laporan Akhlak disediakan tidak melebihi 7 hari sebelum tarikh Jatuh Hukum.
- Keputusan mahkamah dimaklumkan kepada kanak-kanak dan ibu / bapa / penjaga dalam tempoh tidak melebihi 7 hari daripada tarikh perintah mahkamah diterima.
5. Pengangkatan Melalui Akta Pengangkatan 1952
- Laporan Guardian-ad-Litem Anak Angkat disediakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh mahkamah.
6. Pengangkatan Melalui Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952
- Laporan Pendaftaran Pengangkatan disediakan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
7. Permohonan Anak Pelihara
- Maklumbalas bagi permohonan Anak Pelihara diberi dalam tempoh tidak melebihi 2 bulan daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
8. Bantuan Kewangan
- Bantuan Kanak-kanak (BKK) - Keputusan permohonan Bantuan Kanak-kanak dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
- Bantuan Anak Pelihara (BAP) - Keputusan permohonan Bantuan Anak Pelihara dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
- Sijil Perakuan Pendaftaran dikeluarkan kepada pengusaha Taman Asuhan Kanak-kanak dalam tempoh tidak melebihi 21 hari daripada tarikh permohonan lengkap diterima.
- Sijil Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) dikeluarkan kepada Pengusaha / Penyelia / Pengasuh / Pegawai Penyelaras TASKA / Pegawai Berkuasa TASKA dalam tempoh tidak melebihi 3 bulan daripada tarikh peperiksaan dijalankan.
- Keputusan permohonan sebagai agensi yang diberi pengiktirafan untuk menjalankan KAAK dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan lengkap diterima.
- Keputusan peperiksaan Jurulatih Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak dimaklumkan kepada peserta dalam tempoh tidak melebihi 3 bulan daripada tarikh peperiksaan dijalankan.
10. Bengkel Interaktif
- Bengkel Interaktif dikendalikan kepada kanak-kanak bersama-sama ibu / bapa / penjaga yang diperintahkan oleh mahkamah dalam tempoh tidak melebihi 21 hari daripada tarikh rujukan yang lengkap diterima.
Tarikh Kemaskini : 01/06/2016