PERKHIDMATAN
- Kanak - Kanak
- Warga Emas
- Orang Papa
- Orang Kurang Upaya
- Psikologi dan Kaunseling
- Komuniti
- Perkhidmatan
- Pengenalan
- Bantuan Kewangan Kerajaan Kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK)
- Bantuan Khas Perbendaharaan
- Permohonan Sokongan Pengecualian Cukai
- Sukarelawan JKM
- Projek Organisasi Komuniti (POK)
- Program Pembangunan Komuniti Di Projek Perumahan Rakyat (PPR) @ Kawasan Berisiko Tinggi
- Program One Stop Help Center (KAWAN)
- Perkhidmatan JKM di Pusat Transformasi Bandar (UTC)
- Program Khidmat Bantu Di Rumah
- Senarai Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK)
- Perkhidmatan
- Skim Bantuan Kebajikan
- Pengurusan Bencana
- Kajian / Penyelidikan
- Perintah Khidmat Masyarakat
- Pusat Jagaan
- Akta Keganasan Rumah Tangga
- Institusi Kebajikan
BANTUAN KANAK-KANAK
BANTUAN KANAK-KANAKKADAR
Minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan mengikut pecahan berikut :
i. RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
ii. RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan
iii. Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan
TUJUAN
1.Membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.
2.Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
2. Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas;
ATAU
4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan
kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).
Tarikh Kemaskini : 06/01/2021