Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas

TABUNG BANTUAN MANGSA SERANGAN BINATANG BUAS

Kumpulan Wang Amanah Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas, KPWKM ditubuhkan melalui Surat Ikatan Amanah di bawah Seksyen 10, Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61]. Surat  Ikatan Amanah telah dikemaskini pada 19 November 2021. Kumpulan Wang ini adalah bertujuan untuk menyalurkan pembiayaan bagi tujuan memberi bantuan kewangan kepada mangsa serangan binatang buas atau waris terdekat mangsa serangan binatang buas.
 
Binatang   buas   ialah   hidupan   liar   atau   hidupan  akuatik  yang berbahaya dan berbisa serta yang boleh mengancam, menyerang dan mengakibatkan kecederaan atau kematian kepada manusia.

KADAR
  1. Kadar minima RM200
  2. Bayaran penuh sebanyak RM10,000 bagi kes yang melibatkan kematian.
  3. Kadar bayaran bagi kehilangan upaya sebahagian dan kekal bergantung kepada tahap kecederaan.
  4. Kategori kecederaan dan jenis binatan buas akan disahkan oleh PERHILITAN/Jabatan Perikanan.



 
Tarikh Kemaskini : 07/07/2022