Program 2 Years Exit

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui Pelan Transformasi JKM telah memberi fokus dan penekanan kepada  usaha ke arah pendayaupayaan klien khususnya penerima bantuan melalui pelaksanaan productive welfare. Seiring dengan perancangan di bawah RMKe-11, JKM telah merangka 2 Years Exit Programme” bagi tujuan tersebut. 

Pendekatan “Productive Welfare” yang mula diperkenalkan pada 2010 adalah satu bentuk usaha yang mensasarkan penerima bantuan kebajikan supaya dapat terus hidup berdikari melalui pembelajaran pelbagai kemahiran kehidupan (survival skills) agar tidak selamanya bergantung kepada bantuan kerajaan buat selama-lamanya.  Pendekatan ini sangat menekankan kepada pemerkasaan klien agar lebih bermotivasi memperolehi latihan kemahiran yang bersesuaian dengan keupayaan mereka. 

Antara objektif utama adalah seperti berikut:
  1. Membantu klien agar dapat hidup berdikari tanpa terus bergantung kepada bantuan kerajaan semata-mata untuk sara hidup;
  2. Mengeluarkan klien daripada kepompong kemiskinan dengan memperoleh pendapatan melepasi paras garis kemiskinan;
  3. Mewujudkan peluang penjanaan sumber pendapatan yang stabil dan berterusan bagi klien mencapai kehidupan yang lebih sejahtera dan berkualiti;
  4. Mewujudkan rangkaian kerjasama semua sektor awam dan swasta ke arah pemulihan klien agar lebih berdikari.
Tarikh Kemaskini : 05/04/2019