• Terdapat tujuh (7) kategori OKU yang boleh dipertimbangkan bagi pendaftaran OKU oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat seperti berikut:
    1            Kurang Upaya Pendengaran
                   Tahap pendengaran boleh dibahagikan kepada lima (5) tahap seperti berikut:
     
     
    Bil Kategori Tahap pendengaran Keterangan
     
    i.
     
     
     
    Normal
     
    20 dBHL dan ke bawah
     
    Boleh mendengar semua bunyi pertuturan
     
    ii.
     
    Ringan
     
    21-40 dBHL
    Boleh mendengar bunyi perlahan.
     
    Boleh mendengar bunyi pertuturan dalam suasana senyap.
     
    iii.
     
    Sederhana
     
    41-70 dBHL
     
    Sukar mendengar bunyi pertuturan dalam suasana senyap
     
    iv.
     
    Teruk
     
     
    71-90 dBHL
     
    Tidak dapat mendengar walaupun dalam suasana senyap.
     
    Hanya mendengar bunyi kuat
     
    Mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan orang lain
     
    v.
     
    Sangat teruk
     
     
    91 dBHL dan ke atas
     
    Tidak dapat mendengar walaupun bunyi kuat.
     
    Mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan orang lain
     
     
    Kurang Upaya Pendengaran Dan Kecacatan Telinga Kekal 
     
     
    Kurang upaya pendengaran bermaksud ketidakupayaan pendengaran kekal pada kedua-dua belah telinga ATAU di sebelah telinga.
     
    Kecacatan telinga kekal merujuk kepada kecacatan struktur telinga / sindrom berkaitan yang mengganggu fungsi individu tersebut.
     
    Seseorang individu layak disahkan sebagai kurang upaya sekiranya memenuhi salah satu atau lebih, dari  empat (4) sub-kategori seperti berikut:
     
    Bil Sub- Kategori Keterangan
    i. Bilateral hearing loss  Kurang upaya Pendengaran diambil kira sekiranya:
    a) Tahap pendengaran ≥40dBHL (dewasa) di telinga yang lebih baik berdasarkan purata 4 frequensi: (500Hz, 1KHz, 2KHz, 4KHz)
    b) Tahap pendengaran ≥ 30dBHL (kanak-kanak) di telinga yang lebih baik berdasarkan  purata  4 frequensi: 500Hz, 1KHz, 2KHz, 4KHz)
     
    ii. Single sided deafness (SSD) / Profound unilateral hearing loss
     
     
     
    Tahap pendengaran sangat teruk melebihi ≥ 91dBHL di sebelah telinga berdasarkan purata 4 frequensi: (500Hz, 1KHz, 2KHz, 4KHz)
     
    iii. Kecacatan telinga kekal / sindrom berkaitan telinga /sindrom berkaitan pendengaran
    contoh: microtia, atresia, anotia, Treacher Collins, Goldenhar syndrome etc.
     
     
     
     
    Disahkan oleh Pakar Otorinolaringologi sahaja
     
     
    iv. Lain-lain
    Syarat-syarat bagi pendaftaran OKU pendengaran adalah seperti berikut:
    1. OKU pendengaran hendaklah disahkan oleh Pakar Otorinolaringologi;
    2. Pengesahan daripada Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran) juga diperlukan bagi memastikan pemohon telah mendapat diagnosis yang tepat sebelum dikategorikan sebagai OKU pendengaran.
     
    2        Kurang Upaya Penglihatan
    Kurang upaya penglihatan bermaksud buta kedua-dua belah mata ATAU buta di sebelah mata ATAU penglihatan terhad di kedua-dua belah mata ATAU lain-lain gangguan penglihatan kekal.
    Kurang upaya penglihatan boleh dibahagi kepada empat (4) sub kategori seperti berikut:
     
     
    Bil Sub Kategori Keterangan
    i. Terhad di kedua-dua belah mata penglihatan lebih teruk daripada 6/18 tetapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan atau medan penglihatan kurang dari 20 darjah dari fiksasi
    ii. Buta di kedua-dua belah mata penglihatan kurang daripada 3/60 atau medan penglihatan kurang dari 10 darjah dari fiksasi di kedua-dua belah mata
    iii. Buta di sebelah mata penglihatan kurang daripada 3/60 atau medan penglihatan kurang dari 10 darjah dari fiksasi di sebelah mata
    iv. Lain-lain gangguan penglihatan kekal
    Contoh : albanism
    Disahkan oleh Pakar Oftalmologi sahaja
     
     
    3        Kurang Upaya Pertuturan
    Kurang upaya pertuturan bermaksud tidak boleh bertutur sehingga menyebabkan gangguan berkomunikasi dengan sempurna dan tidak boleh difahami oleh mereka yang berinteraksi dengannya. Keadaan ini adalah kekal atau tidak akan sembuh.
     
    Bagi kanak-kanak, mestilah berdasarkan penilaian pada umur lima (5) tahun ke atas atau umur yang lebih awal bagi kes tertentu yang disahkan Pakar)
     
    Kurang upaya pertuturan boleh dibahagikan kepada lima (5) sub kategori seperti berikut:
    Bil Sub Kategori Keterangan
    i. Kecelaruan Pertuturan dan Bahasa/ Kecelaruan komunikasi kompleks
    (Complex Communication Disorders)
     
    Contoh :
    -Kanak kanak : pediatric speech and language disorders
     
    -Dewasa : Aphasia
     
     
     
     
     
    Berlaku apabila individu sukar untuk menghantar, menerima, memproses dan memahami konsep sesuatu sistem simbol secara lisan, bukan lisan atau maklumat grafik.
     
     
    (Termasuk berkaitan masalah Kelewatan Perkembangan (GDD), pendengaran, masalah berkaitan sindrom, Autisme, ADHD, Stroke , Kecederaan Otak  dan lain-lain berkaitan).
     
    ii. Kecelaruan motor pertuturan (Motor Speech Disorder)
     
    Contoh :
    Apraxia, Dysarthria
    Kelemahan dan ketidakfungsian struktur dan otot yang menghasilkan bunyi pertuturan menyebabkan kadar, kelancaran dan kejelasan pertuturan terganggu.  
     
     
    iii. Kecelaruan Suara (Voice Disorders)
     
    Contoh :
    Dysphonia/ Aphonia
     
    Kualiti, kelangsingan dan kekuatan suara seseorang individu berbeza dari individu-individu lain yang mempunyai usia,jantina,budaya dan kedudukan geografi yang sama dengan individu tersebut.
     
    iv. Kecelaruan kelancaran Pertuturan/Kegagapan (Fluency disorders)
     
    Contoh :
    Stuttering
    Cluttering
     
    Gangguan pada aliran pertuturan yang dicirikan oleh pengulangan, pemanjangan, sekatan dan hentian bunyi, perkataan dan ayat termasuk Spasmodic dysphonias dan Laryngeal tremor
     
    v. Kecelaruan Resonan (Resonance Disorder)
     
    Contoh :  Hypernasality Hyponasality
    Masalah kesengauan pertuturan disebabkan oleh gangguan pada mekanisma pengaliran udara berpunca dari keabnormalan struktur pertuturan saperti sumbing lelangit (Cleft Palate), sekatan, masalah neurologi kegagalan fungsi velofaringeal dan Oromandibular dystonia
    Syarat-syarat bagi pendaftaran OKU pertuturan adalah seperti berikut:
    1. OKU pertuturan hendaklah disahkan oleh Pakar Perunding Otorinolaringologi
    2. Pengesahan daripada Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) juga diperlukan bagi memastikan pemohon telah mendapat diagnosis yang tepat sebelum dikategorikan sebagai OKU pertuturan.
     
     
    4        Kurang Upaya Fizikal
    Kurang upaya fizikal bermaksud ketidakupayaan kekal anggota badan sama ada disebabkan oleh kehilangan ATAU ketiadaan ATAU ketidakupayaan mana-mana anggota badan yang boleh menjejaskan fungsi mereka dalam melakukan aktiviti asas sepenuhnya.
    Aktiviti asas yang dimaksudkan ialah seperti penjagaan diri, pergerakan dan penukaran posisi tubuh badan. Keadaan ini boleh terjadi akibat daripada kecederaan (trauma) atau penyakit pada mana-mana sistem tubuh yang menyebabkan ketidakfungsian.
     
    Kurang upaya fizikal boleh dibahagikan kepada tujuh (7) sub kategori seperti berikut:
     
     
    Bil Sub Kategori Keterangan
    i. Limb Defect
    (Acquired / Congenital)
    Keadaan di mana berlaku  kehilangan separa atau sepenuhnya mana-mana bahagian anggota badan termasuk kehilangan:
    • Tangan
    • Kaki
    • Jari tangan / jari kaki
    -    kehilangan mana-mana ibu jari atau kehilangan keseluruhan mana-mana dua (2) jari
    • kehilangan mana-mana jari yang melibatkan tulang metacarpal/metatarsal.
     
    Image result for tulang metacarpal Image result for tulang metatarsal
    Tulang metacarpal Tulang metatarsal
    ii. Spinal Cord Injury  
    Kecederaan saraf tunjang akibat trauma atau bukan trauma yang menjejaskan fungsi otot, deria serta autonomik di bahagian bawah aras kecederaan.
    iii. Strok  
    Keadaan di mana berlaku kekurangan atau kehilangan fungsi secara tiba-tiba melibatkan pertuturan, otot, deria, kognitif atau lain-lain  sebahagian tubuh badan akibat kekurangan oksigen atau pendarahan di dalam otak. 
    iv. Kerdil
    (cth :Achon-droplasia)
     
    Keadaan di mana ketinggian bagi seseorang adalah kurang daripada 142cm bagi lelaki dan kurang daripada 138cm bagi
    wanita.
     
    v. Traumatic Brain Injury Keadaan di mana berlaku kekurangan atau kehilangan fungsi secara tiba-tiba melibatkan pertuturan, otot, deria, kognitif atau lain-lain melibatkan sebahagian tubuh badan akibat kecederaan otak.
     
     
    vi. Cerebral Palsy Keadaan kekal di mana berlaku masalah  pergerakan dan postur yang menghadkan aktiviti akibat  gangguan bukan progresif di bahagian otak .  Terbahagi kepada tiga (3) jenis seperti berikut:
    -Hemiplegia
    -Diplegia
    -Quadriplegia
    - Lain-lain
     
    vii. Lain-lain Contoh Duchenne Muscular Dystrophy dan penyakit kronik yang menyebabkan kurang upaya fizikal.
     
     
    5        Kurang Upaya Pembelajaran
    Kurang upaya pembelajaran bermaksud masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biologikalnya.
     
    Kurang upaya pembelajaran boleh dibahagikan kepada enam (6) sub kategori seperti berikut:
     
     
    Bil Sub Kategori Keterangan
    i.
    Global Developmental Delay (GDD)
    Terbahagi kepada tiga (3) tahap seperti berikut:
    • Ringan
    • Sederhana
    • Teruk
    Keadaan di mana berlaku perkembangan lewat sekurang-kurangnya dua (2) standard deviation dalam sekurang-kurangnya dua (2) domain samada gross motor/fine motor, speech/language, cognition, social/personal atau activities of daily living bagi pemohon berumur kurang dari lima (5) tahun.
    ii.
    Sindrom Down Terbahagi kepada tiga (3) tahap seperti berikut:
    • Ringan
    • Sederhana
    • Teruk
    Berpunca dari kecelaruan kromosom yang terlebih iaitu pada kromosom 21.
    iii.
    Attention Defisit Hyperactivity Disorder (ADHD)
    Terbahagi kepada tiga (3) tahap seperti berikut:
    • Ringan
    • Sederhana
    • Teruk
    Kesulitan sepanjang hayat yang melibatkan tahap tumpuan serta kawalan impuls.
     
    iv.
    Autisme                  (Autism Spectrum Disorder)
    Terbahagi kepada tiga (3) tahap seperti berikut:
    • Ringan
    • Sederhana
    • Teruk
    Autisme merupakan gangguan neurologi yang memberikan impak negatif kepada kanak-kanak dari segi kemahiran interaksi sosial dan imaginasi.
     
     
     
    v.
    Intelektual
    Terbahagi kepada tiga (3) tahap seperti berikut:
    • Ringan
    • Sederhana
    • Teruk
    Kurang Upaya Intelektual merupakan kekurangan dari segi fungsi intelek (terencat akal/mental retardation) bagi kanak-kanak berumur lima (5) tahun ke atas.
    vi. Specific Learning Disability (Specific  LD)
     
    Dyslexia : Perbezaan cara otak berfikir dalam menghubungkan simbol visual dan bunyi seterusnya mengalami kesukaran membaca, menulis, memahami, mengeja dan mengira.
    Dyscalculia: Keadaan yang mempengaruh keupayaan pemohon meguasai/memperoleh kemahiran arimetik.
    Dysgraphia: Keadaan yang mempengaruh keupayaan skil motor halus pemohon seterusnya mendatangkan kesulitan membentuk huruf, menulis dan lain-lain.
     
    Bagi pemohon yang mempunyai lebih daripada satu sub kategori pembelajaran, penentuan sub kategori bagi tujuan cetakan pada Kad OKU adalah berdasarkan sub kategori yang dominan.
     
    Penentuan tahap pada sub kategori pembelajaran adalah optional.
     
    OKU pembelajaran bagi kanak-kanak iaitu individu yang berumur di bawah 18 tahun boleh disahkan oleh Pegawai Perubatan.
     
     
     
    6        Kurang Upaya Mental                                      
    Kurang upaya mental merujuk kepada keadaan penyakit mental yang teruk menyebabkan seseorang itu tidak berupaya berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakat.
                Kurang upaya mental boleh dibahagikan kepada empat (4) sub kategori seperti berikut:                 
    Bil Sub Kategori Keterangan
    i. Organic Mental Disorder  yang serius dan kronik
    • Dementia in Alzheimer’s disease
    • Vascular dementia
    • Other mental disorders due to brain damage and dysfunction and to physical disease
    ii. Schizophrenia, Schizotypal and Delusional Disorders 
    • Schizoaffective Disorders;
    • Persistent Delusional Disorder; and
    • Other non organic psychotic disorders
    iii. Mood Disorder
     
     
     
    • Bipolar affective disorder;
    • Recurrent depressive disorder;
    • Persistent mood disorders; and
    • Other mood disorders.
    iv. Severe Anxiety Disorder
    • Phobic Anxiety disorders (Fobia),
    • Panic disorder;
    • Generalized anxiety disorder;
    • Mixed anxiety and depressive disorder; dan
    • Obsessive Compulsive Disorder (OCD)
              
               Syarat-syarat bagi pendaftaran OKU mental adalah seperti berikut:
    1. OKU mental hanya boleh disahkan oleh Pakar Psikiatri yang berdaftar dengan National Specialist Register of Malaysia (NSR)  sahaja;
    2. pemohon  mestilah telah menjalani rawatan psikiatri sekurang-kurangnya dua (2) tahun.
     
    7        Kurang Upaya Pelbagai
    Kurang upaya pelbagai (Multiple Disabilities) bermaksud mempunyai lebih daripada satu jenis ketidakupayaan.

    Tarikh Kemaskini :03/05/2021