Orang Papa

Pemulihan Orang Papa :

Jabatan Kebajikan Masyarakat memberi fokus kepada golongan yang tiada tempat tinggal dan memerlukan perlindungan yang boleh ditakrifkan sebagai orang papa di bawah Akta Orang Papa 1977. Jabatan Kebajikan Masyarakat secara berkala dan ad-hoc sentiasa melakukan operasi bagi menyelamat orang papa yang terdiri daripada pengemis dan kutu rayau.

Definisi Orang Papa:

Seseorang yang didapati mengemis di sesuatu tempat awam dengan sebegitu cara hingga menyebabkan atau mungkin menyebabkan kegusaran kepada orang-orang yang lazim mengunjungi tempat itu ataupun hingga mengadakan kacauganggu atau seseorang peleser yang dijumpai di sesuatu tempat awam sama ada atau tidak ia mengemis, yang tidak mempunyai mata pencarian pada zahirnya atau tempat tinggal atau yang tidak dapat menyatakan hal dirinya dengan memuaskan.

Akta Berkaitan :

• Akta Orang Papa 1977 (Akta 183)

Institusi Berkaitan :

Desa Bina Diri (DBD)
Sebuah institusi yang memberi perlindungan dan pemulihan bagi orang papa.


Orang papa yang dimasukkan ke Desa Bina Diri adalah melalui:
• perintah mahkamah mengikut Akta Orang-orang Papa 1977
• secara sukarela dengan kelulusan Pengarah Kebajkan Masyarakat Negeri di mana orang papa itu tinggal.
• Mereka yang ditempatkan di institusi ini akan diajar kemahiran-kemahiran yang bersesuaian seperti menjahit, bertukang, berkebun dan sebagainya sebagai persediaan menempatkan kembali mereka ke dalam keluarga atau masyarakat serta boleh berdikari.
Tarikh Kemaskini : 23/11/2016