Pengumuman

ELAUN PEKERJA ORANG KURANG UPAYA

KADAR
RM450 sebulan seorang.
 
TUJUAN
1. Insentif ini diberikan untuk menggalakkan OKU terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang
   produktif.
 
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
1. Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia;
2. Berumur 16 tahun dan ke atas;
3. Pemegang kad OKU JKM;
4. Pendapatan bulanan RM 1,500.00  dan ke bawah;
ATAU
Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3-jadual kesembilan Senarai Perundangan.