Pengumuman

BANTUAN OKU TIDAK BERUPAYA BEKERJA

KADAR
RM300 seorang sebulan.
           
TUJUAN
1. Membantu OKU yang tidak berupaya bekerja.
2. Mengggalakkan OKU terus tinggal bersama keluarga.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
Berumur 16 tahun dan ke atas;
Pemegang Kad OKU JKM;
Tidak berupaya bekerja.
Pemohon bukan penghuni/ pelatih:
Institusi kendalian JKM; atau
Pusat jagaan harian/ berkediaman yang menyediakan perkhidmatan/ kemudahan secara percuma; atau
Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK);
      6. Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita
          Semasa.
          ATAU
      7. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
          Nota:
          Sumber kewangan seperti pencen/ perkeso/ bantuan dan lain-lain

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 - jadual kesembilan Senarai Perundangan.