Pengumuman

BANTUAN PENJAGAAN OKU TERLANTAR / PESAKIT KRONIK TERLANTAR (BPT)

KADAR
RM500 sebulan seorang.
 
TUJUAN
1. Meringankan bebanan keluarga/ penjaga
2. Menggalakkan keluarga/ penjaga untuk menjaga ahli keluarga yang OKU terlantar/ sakit terlantar/ sakit kronik.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/ memberikan pejagaan rapi kepada OKU terlantar/ pesakit terlantar/ pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan;
Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000;
ATAU
Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 - jadual kesembilan Senarai Perundangan.