Pengumuman

Majlis Perasmian Bertadarus PAWE

Majlis perasmian #PAWEbertadarus pada 2 Jun 2017 di Masjid Babul Hidayah, Cemumar telah sempurna dirasmikan oleh YB DS Shahidan Kasim, AP Arau merangkap Menteri di JPM. Turut hadir YB Hajah Rela Ahmad, Ahli MMK, YB Tuan Haji Jafperi Othman, ADUN Guar Sanji, Jawatankuasa PAWE, pihak YADIM dan semua pihak yang telah membantu jayakan program pada hari ini. Program pada tahun ini membawa sedikit kelainan di mana Jabatan telah memperluaskan program tadarus di luar premis PAWE di Kompleks Penyayang Tun Dr Siti Hasmah ke lapan buah masjid dan surau seluruh negeri Perlis dan penyertaan daripada warga emas dan penduduk sekitar kariah seramai 200 orang.