Pengumuman

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH INTEGRITI, GOVERNANS DAN ANTIRASUAH (AIGA) 2022

Tarikh: 17 Januari 2023
Masa : 3.00 petang
Tempat: Dewan Auditorium IIM, Institut Integriti Malaysia (IIM), Kuala Lumpur

Anugerah Integriti, Governans dan Anti Rasuah (AIGA 2022) adalah merupakan satu anugerah bagi memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada sektor awam dan swasta yang menzahirkan komitmen dalam pembudayaan dan pengamalan integriti, tadbir urus terbaik serta inisiatif antirasuah dalam organisasi mereka.

Ucapan aluan majlis telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia.Turut hadir dalam majlis ini adalah Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), YBrs. Dr Faizal bin Kamarudin serta Ketua-ketua jabatan terlibat dan wakil.

Negeri Perlis telah diwakili Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pertanian Negeri Perlis, Plan@Malaysia Perlis, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perlis, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis, Jabatan Perhutanan Negeri Perlis dan Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis dan turut menerima Sijil Penyertaan.