Pengumuman

Program "Call 4 Volunteer"

Program "Call 4 Volunteer" telah diadakan pada 15 - 16 April 2017 bertempat di tapak perkhemahan Bukit Kachi, Kubang Pasu. Program bertujuan mengeratkan hubungan yang sedia terjalin di antara JKMNPs dengan Persatuan Perlis Independent 4 Wheelers (PI4W), sebuah persatuan pemilik kenderaan 4WD di negeri Perlis. Pelbagai aturcara disusun seperti sesi taklimat peranan sukarelawan bencana, LDK, kuliah-kuliah Maghrib dan Subuh, ujian jalan "offroad" dan beberapa aturcara lain. Semoga program ini memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.