Pengumuman

Kem Jati Diri Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) Peringkat Kebangsaan

Kem Jatidiri Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) Peringkat Kebangsaan telah berlangsung di BTN Kaki Bukit mulai 12-14 September 2017 melibatkan 122 orang pelatih PKM seluruh Malaysia. Pada tahun ini, kepercayaan telah diberi kepada negeri Perlis untuk menganjurkan Kem ini. Rakaman penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi di bawah KPWKM, BTN, PDRM, JKN, AADK dan semua pihak yang menjayakan program kali ini. Majlis perasmian disempurnakan oleh YBhg. Dato' Ketua Pengarah JKM.