Disability Equality Training (DET)

Projek kerjasama JKM – JICA juga merangkumi program DET yang bertujuan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai ketidakupayaan. DET ialah satu proses penyertaan untuk mempelajari tentang ketidakupayaan (disability) daripada perspektif Model Sosial. Bagi tempoh November 2006 hingga Oktober 2020, JKM dengan kerjasama JICA telah melatih seramai 84 OKU sebagai jurulatih DET sepenuh masa dan 22 orang daripadanya adalah Pegawai JKM. Manakala program DET yang telah dijalankan semenjak 2010-2020 adalah sebanyak 105 kali.


Disability Equality Training (DET)
 
DET merupakan satu kaedah yang komprehensif untuk memahami isu-isu berkaitan ketidakupayaan berasaskan pada perspektif Model Sosial.  Latihan ini telah digunapakai di peringkat antarabangsa dan memberi kesan yang positif terutama bagi mewujudkan persekitaran dan masyarakat yang bersifat inklusif. DET dibangunkan oleh sekumpulan OKU dari United Kingdom dan mula dilaksanakan pada akhir tahun 1970-an sebelum diperkembangkan ke seluruh dunia.  Di Malaysia, DET diperkenalkan pada tahun 2005 oleh Japan International Cooperate Agency (JICA) dalam projek kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi  membangunkan pelbagai perkhidmatan bagi menyokong penyertaan penuh dan berkesan OKU dalam masyarakat.

Matlamat utama DET ialah mengubah pandangan dan persepsi masyarakat terhadap isu ketidakupayaan (disability) disamping dapat mengenalpasti puncanya. Bukan itu saja, peserta dapat membezakan antara kekurangan/kecacatan (impairment) dengan ketidakupayaan (disability). Akhirnya, peserta tidak lagi melihat kekurangan/kecacatan sebagai punca berlakunya ketidakupayaan. Malahan, peserta dapat bertindak atau merancang sesuatu perkara tentang OKU bertepatan dengan keperluan mereka.
 
DET relevan untuk semua yang mana peserta boleh terdiri daripada OKU mahupun orang upaya.Dengan kata lain, latihan ini terpakai untuk semua golongan sasar dengan matlamat agar mereka dapat menerima dan memahami OKU.Ia bersifat memperkasa untuk peserta dikalangan OKU dan kesedaran/pemahaman bagi orang upaya. Selain itu, peserta dapat memahami maksud ketidakupayaan secara meluas dalam konteks Model Sosial, malah dilatih untuk mengadakan pelan dan tindakan untuk memecahkan segala halangan/batasan yang menghalang OKU bagi turut serta sepenuhnya dalam masyarakat. 

Jurulatih Training of Trainer of DET (TOT DET) di Malaysia dan Asia Pasifik (Muat turun disini)
Tarikh Kemaskini : 30/04/2021