Soalan Lazim
Kes Penderaan Kanak-kanak
Bagaimanakah caranya untuk melaporkan kes penderaan kanak-kanak / kes pembuangan bayi?
- Talian telefon Talian Kasih 15999.
- Melaporkan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berhampiran dengan tempat tinggal pelapor.
- Melaporkan kepada mana-mana balai polis / Pondok Polis yang berhampiran.
- Mana-mana ahli Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak / Pusat Aktiviti kanak-Kanak yang terdapat di kawasan berlakunya penganiayaan.
- Merujuk terus ke hospital yang berhampiran.
Tarikh Kemaskini : 11/04/2017