Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja

BANTUAN OKU TIDAK BERUPAYA BEKERJA (BTB)

KADAR

RM300 seorang sebulan.
           
TUJUAN
1. Membantu OKU yang tidak berupaya bekerja.
2. Mengggalakkan OKU terus tinggal bersama keluarga.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Berumur 16 tahun dan ke atas;
  3. Pemegang Kad OKU JKM;
  4. Tidak berupaya bekerja.
  5. Pemohon bukan penghuni/ pelatih:
  • Institusi kendalian JKM; atau
  • Pusat jagaan harian/ berkediaman yang menyediakan perkhidmatan/ kemudahan secara percuma; atau
  • Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK);
      6. Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita
          Semasa.
      
          Nota:
          Sumber kewangan seperti pencen/ perkeso/ bantuan dan lain-lain

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 - jadual kesembilan Senarai Perundangan.

CARA PERMOHONAN
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

BORANG YANG BERKAITAN
  1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
  2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan
  3. Borang Permohonan Pendaftaran OKU pindaan 2019 
Tarikh Kemaskini : 12/09/2022