PERKHIDMATAN
- Kanak - Kanak
- Warga Emas
- Orang Papa
- Orang Kurang Upaya
- Psikologi dan Kaunseling
- Komuniti
- Perkhidmatan
- Pengenalan
- Bantuan Kewangan Kerajaan Kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK)
- Bantuan Khas Perbendaharaan
- Permohonan Sokongan Pengecualian Cukai
- Sukarelawan JKM
- Projek Organisasi Komuniti (POK)
- Program Pembangunan Komuniti Di Projek Perumahan Rakyat (PPR) @ Kawasan Berisiko Tinggi
- Program Kembara prihatin Negara (KPN)
- Perkhidmatan JKM di Pusat Transformasi Bandar (UTC)
- Program Khidmat Bantu Di Rumah (KBDR)
- Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)
- Senarai Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK)
- Perkhidmatan
- Skim Bantuan Kebajikan
- Pengurusan Bencana
- Kajian / Penyelidikan
- Perintah Khidmat Masyarakat
- Pusat Jagaan
- Akta Keganasan Rumah Tangga
- Institusi Kebajikan
BANTUAN ORANG TUA
KADARRM500 sebulan seorang.
TUJUAN
Bantuan ini diberikan kepada warga emas untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
1.Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
2.Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
3.Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
4.Warga emas yang bukan tinggal di:
i. institusi kendalian JKM; atau
ii. pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma;
ATAU
1.Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 - jadual kesembilan Senarai Perundangan.
Cara Permohonan
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
Borang Yang Berkaitan
JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) (Klik disini untuk muat turun)
Borang Kemaskini Maklumat JKM 20 (Klik disini untuk muat turun)
Tarikh Kemaskini : 04/03/2021