Kanak - Kanak

Rumah Kanak-Kanak

PENGENALAN
Rumah Kanak-Kanak adalah institusi Tempat Selamat bagi pemeliharaan dan perlindungan kanak-kanak yang ditubuhkan atau ditetapkan di bawah seksyen 54 (tempat selamat) Akta Kanak-Kanak 2001.
 
OBJEKTIF
Untuk memberi jagaan gantian kepada kanak-kanak disamping menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan fizikal, emosi serta mental yang sihat dalam suasana kekeluargaan yang harmoni.

KATEGORI KANAK-KANAK
  • didera dari aspek fizikal, emosi, penganiayaan seks oleh ibu bapa atau penjaga;
  • akan didera dari segi fizikal atau dicedera dari segi emosi atau dianiaya dari segi seks;
  • ibubapa/penjaga kanak-kanak telah abai/ tak berupaya untuk menjalankan pengawasan & pengawalan;
  • ibu bapa atau penjaga kanak-kanak telah mengabaikan atau keberatan untuk mengadakan pemeliharaan, makanan pakaian dan tempat berteduh yang mencukupi untuk kanak-kanak;
  • tiada ibu bapa atau penjaga;
  • telah dibuang oleh ibu bapa;
  • kanak-kanak yang terlibat dengan pengemisan, membuat persembahan / menawar apa-apa untuk jualan; dan
  • menjalankan penjajaan yang menyalahi undang-undang seperti perjudian, loteri atau sebarang aktiviti yang mendatangkan kemudaratan kepada kebajikan kanak-kanak tersebut.

KEMASUKAN
Perintah Mahkamah di bawah Perenggan 30(1)(c)(i) (penempatan sementara kepada ibu bapa pelihara) dan 30(1)(d) (tempat selamat selama 3 tahun/ umur 18 tahun) Akta Kanak-Kanak 2001
 
TEMPOH PERLINDUNGAN
  • Selama tempoh tiga tahun atau sehingga mencapai umur 18 tahun mengikut mana-mana yang lebih pendek.
  • Boleh dibebaskan awal dengan meminda, mengubah atau membatal perintah.

SENARAI RUMAH KANAK-KANAK (RKK) 
 
BIL NAMA RKK KAPASITI
1 RKK Taman Bakti, Kepala Batas, Pulau Pinang 100
2 RKK Sultan Abd Aziz, Kuala Kangsar, Perak 100
3 RKK Tengku Budriah, Cheras Kuala Lumpur 100
4 RKK Tengku Ampuan Fatimah Kuantan, Pahang 100
5 RBL Tun Abdul Aziz, Durian Daun, Melaka 100
6 Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah, Selangor 120
7 RKK Kota Kinabalu, Sabah 100
8 RKK Arau, Perlis 200
9 RKK Kuching, Sarawak 100
10 RKK Rembau, Negeri Sembilan 150
11 RKK Sultanah Hajjah Kalsom, Kuantan, Pahang 200
12 RKK Pokok Sena 50
13 RKK Mini Kelantan 30
14 RKK Mini Johor 30
15 RKK Mini Selangor 30
  JUMLAH 1510

 

Tarikh Kemaskini : 02/03/2021