Top banner 1

MENGENAI JKM

INFO BAHAGIAN

 PENGENALAN
Bahagian Perancangan dan Pembangunan (PP) merupakan Bahagian utama di bawah sektor strategik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Bahagian ini bertanggungjawab menyediakan sokongan logistik dalam pelbagai aspek khususnya dalam bidang perancangan dan penyelidikan; penilaian projek dan program; maklumat perangkaan Jabatan; pembangunan fizikal; pembangunan kemahiran dan kompetensi Kerja Sosial; dan pengoperasian Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Diperbadankan.
Selaras dengan peranannya sebagai pemikir, perancang dan penyokong kepada pelbagai pembaharuan dan pembangunan Jabatan, Bahagian ini telah diperkukuh dan disusun semula di bawah penstrukturan semula Jabatan pada tahun 2013 supaya meningkatkan keupayaannya dan mampu melaksanakan fungsinya secara lebih cekap dan berkesan serta relevan dengan keperluan semasa.

OBJEKTIF BAHAGIAN
Objektif Bahagian Perancangan dan Pembangunan ialah:
Memastikan pengurusan strategik Jabatan yang merangkumi aspek perancangan, pemantauan dan penilaian dilaksanakan secara efektif;
Menentukan projek pembangunan Jabatan berperanan sebagai logistik sokongan yang berkesan ke arah pencapaian objektif Jabatan;
Menerajui pembangunan kemahiran bagi melahirkan tenaga kerja yang berketerampilan dalam bidang penjagaan dan perkhidmatan komuniti;
Membangunkan usaha ke arah peningkatan kompetensi dan profesionalisme dalam bidang Kerja Sosial; dan
Menggerakkan projek dan aktiviti ekonomi Jabatan melalui Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Diperbadankan.

FUNGSI BAHAGIAN
Bahagian ini mengandungi lima (5) cawangan utama yang mempunyai fungsi masing-masing seperti berikut:

1)  CAWANGAN PERANCANGAN

Perancangan
Merancang, menyelaras, memantau dan menilai Perancangan Strategik Jabatan;
Merancang, menyelaras, menilai Pelan Pengurusan Risiko
Merancang, menyelaras, memantau dan menilai Pengurusan Perubahan Jabatan.
Kajian/Penyelidikan/Penilaian Outcome
Menyedia dan menentukan sistem, proses dan indikator penilaian/penyelidikan;
Menyediakan dan menentukan rangka kerja dan terma rujukan penilaian/penyelidikan;
Menyedia, memantau dan menyelaras jadual pelaksanaan penilaian/penyelidikan;
Menyediakan laporan penilaian/penyelidikan;
Menyebarkan hasil penilaian/penyelidikan;
Memproses permohonan untuk membuat kajian melalui sistem MyResearch
Perangkaan
Mengumpul dan mengemaskini data;
Mengurus dan menyediakan perangkaan Jabatan;
Mengkaji dan menganalisis data dan menyediakan laporan.

2)  CAWANGAN PEMBANGUNAN FIZIKAL
Merancang dan menyelaras permohonan projek di bawah Rancangan Malaysia (RMK), dan kerja-kerja pembaikan/naiktaraf institusi sedia ada (PISA);
Memantau pelaksanaan projek di bawah Rancangan Malaysia (RMK) kerja-kerja pembaikan/naiktaraf institusi sedia ada (PISA);
Mengurus permohonan pengambilan tanah untuk projek;
Menyelaras dan menyediakan Laporan Fizikal dan Kewangan Projek;
Mengenalpasti dan menguruskan hartanah Jabatan (pengurusan,pelupusan, dan pengambilan balik tanah);
Memantau dan mengawal hartanah Persekutuan di bawah seliaan Jabatan;
Mengemaskini aset tak alih Jabatan ke dalam Sistem MySpata atau sistem lain yan berkaitan;
Mengemaskini Sistem Pemantauan Projek Pembangunan (SPPii).

3)  CAWANGAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

Badan Peneraju Industri - Industry Lead Body (ILB)
Sektor: Penjagaan dan Perkhidmatan Komuniti
Pengurusan ILB
Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS)
Promosi Sektor Penjagaan dan Perkhidmatan Komuniti
Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)

Kekompetenan dan Persijilan Kemahiran
Persijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) secara Penilaian Pencapaian Terdahulu (PPT)
Persijilan Fasilitator DESCUM untuk Pembangunan NOSS
Pendaftaran Pakar Insdustri Negara (DPIN)
Akreditasi dan Kompetensi Kemahiran Bidang Penjagaan dan Perkhidmatan Komuniti
Pengurusan Kursus Asas Pusat Jagaan (KAPJ)
Program Pembangunan Kemahiran (Tenaga Pengajar Kemahiran) - Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia       (KSM)
Pelaksanaan Program Pembangunan Kemahiran (PPK) Tenaga Pengajar dan Vokasional dan Pegawai Latihan Vokasional

4)  CAWANGAN KOMPETENSI KERJA SOSIAL
Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan  kompetensi kerja sosial di peringkat Jabatan;
Merancang, menyelaras dan menjalankan penilaian ke atas program/perkhidmatan Jabatan mengenai keberkesanan penyampaian perkhidmatan yang selaras dengan Piawaian Kompetensi Kebangsaan Praktis Kerja Sosial;
Merancang dan melaksana siri penerangan dan advokasi berkaitan insiatif ke arah meningkatkan profesionalisme kerja sosial di Malaysia khususnya mengenai Piawaian Kompetensi Kebangsaan Praktis Kerja Sosial di peringkat Jabatan dan luar jabatan;
Urus setia Jawatankuasa Teknikal bagi usaha-usaha meningkatkan Profesionalisme Kerja Sosial Malaysia.

5)   SEKRETARIAT KETUA PENGARAH KEBAJIKAN DIPERBADANKAN(KPKMD)
Urus setia kepada mesyuarat-mesyuarat berkaitan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Diperbadankan;
Membantu Jawatankuasa berkaitan dalam mengkaji, membincang dan mengemukakan kertas cadangan projek dan aktiviti di bawah Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Diperbadankan;
Membantu menggerakkan projek dan aktiviti di bawah Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Diperbadankan;
Menyediakan laporan perbelanjaan dan pengurusan kewangan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Diperbadankan;
Membantu Jawatankuasa dalam mengkaji, membincang dan memutuskan hal-hal perjawatan, program latihan anggota; dan program pendidikan dan latihan kumpulan sasar Jabatan.

6)Kajian/Penyelidikan/Penilaian Outcome
  1. menyedia dan menentukan sistem, proses dan indikator penilaian/penyelidikan;
  2. menyediakan dan menentukan rangka kerja dan terma rujukan penilaian/penyelidikan;
  3. menyedia, memantau dan menyelaras jadual pelaksanaan penilaian/penyelidikan;
  4. menyediakan laporan penilaian/penyelidikan;
  5. menyebarkan hasil penilaian/penyelidikan;
  6. memproses permohonan untuk membuat kajian melalui sistem MyResearch 

7) MyResearch
Aplikasi MyResearch merupakan satu sistem permohonan atas talian bagi menjalankan kajian sosial di Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sistem ini merupakan suatu kemudahan memproses pendaftaran dan permohonan bagi menjalankan kajian sosial oleh pelajar-pelajar atau ahli akademik. Semua kemudahan yang disediakan adalah percuma dan boleh dilayari melalui http://myresearch.jkm.gov.my.
Objektif :
  1. memudahkan proses permohonan kajian dan penyelidikan daripada pelajar dan ahli akademik;
  2. menjadi pusat sehenti maklumat berkaitan kajian sosial yang boleh dicapai dan dimanfaatkan oleh orang ramai;
  3. menggalakkan pelajar-pelajar atau ahli akademik membuat penyelidikan berkaitan sosial dan sekaligus dapat menyumbang kepada Jabatan untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada kumpulan sasar.

Proses Permohonan Menjalankan Kajian/Penyelidikan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Menggunakan Aplikasi MyResearch
 
  1. pendaftaran pemohon ;
  2. pengesahan pendaftaran melalui emel;
  3. login ke MyResearch;
  4. lengkapkan borang permohonan;
  5. hantar permohonan;
  6. terima notifikasi permohonan dipersetujui;
  7. muatnaik surat perakuan pemohon;
  8. terima notifikasi keputusan permohonan;
  9. kemaskini laporan aktiviti kajian; dan
  10. kemukakan tesis akhir ke Jabatan.




 
Tarikh Kemaskini : 08/10/2019