Info Bahagian

PENGENALAN
Bahagian Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) ditubuhkan pada 1 Februari 2007 bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan aktiviti perintah khidmat masyarakat kepada pesalah yang dijatuhi hukuman tersebut.  Bahagian ini ditubuhkan susulan daripada pembentukan Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (Select Committee)  yang yang dipengerusikan oleh Y.B Dato’ Seri Mohd Radzi Bin Sheikh Ahmad, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri pada ketika itu bagi mengkaji semula semula Kanun Keseksaan (Pindaan) 2004 & Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) (Pindaan 2004).  Bahagian ini terdiri daripada tiga (3) pecahan cawangan seperti berikut:-
             1)       Cawangan Perlindungan & Advokasi Perintah Khidmat Masyarakat
             2)       Cawangan Pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat
             3)       Cawangan Pemerkasaan Perintah Khidmat Masyarakat

Bahagian ini juga bertanggungjawab terhadap pentadbiran Rumah Perlindungan ke Empat (RP4) secara rasminya pada 1 April 2013. RP4 merupakan sebuah tempat perlindungan bagi mangsa pemerdagangan orang.
 
PUNCA KUASA PELAKSANAAN PKM
             1)       Kanun Tatacara Jenayah, Subperenggan 293(1)(e)(i)(ii)(iii)
                       (PKM kepada pesalah muda yang berumur 18 tahun ke atas dan di bawah 21 tahun)
             2)       Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016, Seksyen 31, Seksyen 32 dan Seksyen 33,
                        (PKM kepada pesalah Dewasa berumur 18 tahun ke atas)
             3)      Akta Kanak-Kanak (Pindaan) 2016, Seksyen 91(1) (da) dan Seksyen 97A,
                      (PKM kepada Kanak-kanak yang berumur 10 hingga 18 tahun)
              4)    
Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007,Seksyen 44 (2) dan seksyen 51 (3)
 
KUMPULAN SASAR
 1) Pesalah yang diperintahkan untuk menjalani hukuman Perintah Khidmat Masyarakat oleh Mahkamah
 2) Mangsa Pemerdagangan Orang (Lelaki)
 

Tarikh Kemaskini : 03/04/2019