Top banner 1

MENGENAI JKM

INFO BAHAGIAN

Latar Belakang
Bahagian Kaunseling telah diwujudkan pada 1 April 1998 berikutan penyusunan semula jabatan melalui surat Jabatan Perkhidmatan Awam JPA (s) 253/2/17-6 klt. 5 (874) bertarikh 26 Mac 1998 dan Waran Perjawatan bilangan 50 tahun 1998 bertarikh 23 Mac 1998. Bahagian ini pada asalnya dinamakan Bahagian Perkaunselan.

Bahagian ini diwujudkan hasil penggubalan dan penguatkuasaan Akta Kaunselor 1998 (Akta 580). Pada peringkat awal dua tahun pertama pelaksanaan akta, bahagian ini diketuai oleh seorang pengarah yang juga bertindak sebagai Pendaftar Kaunselor serta menjadi Setiausaha Lembaga Kaunselor pertama.

Hasil daripada penyusunan semula struktur dan fungsi bahagian pada 1 Ogos 2005 melalui Waran Perjawatan bilangan satu tahun 2005, bahagian ini dikenali sebagai Bahagian Kaunseling dan Psikologi.

Visi 
"Masyarakat Sejahtera dan Modul Insan Berprestasi Tinggi'

Misi
"Membangunkan Masyarakat Sejahtera dan Modal Insan Berprestasi Tinggi melalui Perkhidmatan Kaunseling dan Psikologi"

Matlamat
Mengoptimumkan tahap kesejahteraan psikologikal kumpulan sasar dan kakitangan jabatan melalui perkhidmatan bimbingan, kaunseling dan program psikologi.

Objektif
  • Membangunkan masyarakat dan personel yang sejahtera serta berdaya saing.
  • Melestarikan penyampaian dan memastikan kelangsungan kualiti perkhidmatan kaunseling dan psikologi kepada kumpulan sasar Jabatan dan personel.
  • Mengoptimumkan kepakaran Pegawai Psikologi JKM dalam penyampaian perkhidmatan kaunseling dan psikologi.