Fungsi Bahagian

FUNGSI:

Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa (DHA) bertanggungjawab untuk merancang, menyelaras, memantau, mengurus dan bertindak balas terhadap apa-apa isu, aktiviti, program, tindakan serta komitmen yang berkaitan dengan kerjasama di peringkat antarabangsa serta dasar yang disokong oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.


Secara khususnya kumpulan sasar DHA adalah terdiri daripada:
  1. Semua bahagian di bawah bidang operasi JKM (KK, WE, OKU, PW, Komuniti dll)
  2. Stakeholders peringkat antarabangsa yang mempunyai komitmen dengan fungsi Jabatan seperti UNICEF, UNESCAP, Senior Official Meeting on Social Welfare Development (SOMSWD), Japan International Cooperation Agency (JICA) dan sebagainya.

FUNGSI CAWANGAN

A. CAWANGAN DASAR DAN ANTARABANGSA KERJA SOSIAL
 
  1. Menyelaras komitmen Kerajaan terhadap resolusi, dasar, pelan tindakan dan konvensyen yang dipersetujui di peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang berkaitan kerja sosial dan perkhidmatan kebajikan;
  2. Menyelaras dan memantau program/aktiviti di bawah kerjasama teknikal dengan badan antabangsa yang berkaitan kerja sosial dan perkhidmatan kebajikan;
  3. Menyelaras penyediaan laporan lawatan, persidangan, seminar dan bengkel peringkat antarabangsa dalam dan luar negara yang berkaitan kerja sosial dan perkhidmatan kebajikan;
  4. Mewujud dan mempertingkatkan jaringan kerjasama di peringkat antarabangsa yang berkaitan kerja sosial dan perkhidmatan kebajikan;
  5. Menguruskan persediaan untuk menghantar pegawai menghadiri mesyuarat, seminar, bengkel, persidangan dan lawatan peringkat antarabangsa di dalam dan luar negara yang berkaitan kerja sosial dan perkhidmatan kebajikan;
  6. Mengurus, memantau dan menyediakan maklum balas program kerjasama di antara Kerajaan dan badan antarabangsa;
  7. Urus setia mesyuarat berkaitan hubungan antarabangsa mengenai kerja sosial dan perkhidmatan kebajikan;
  8. Urus setia lawatan ke luar negara berkaitan kerja sosial dan perkhidmatan JKM;
  9. Penyelarasan semakan, pindaan dan penggubalan akta, peraturan dan kaedah di bawah bidang kuasa jabatan;
  10. Merancang dan melaksana siri penerangan dan advokasi kepada orang awam, pegawai JKM, kakitangan agensi kerajaan dan kumpulan sasar mengenai perkhidmatan dan program jabatan;
  11. Menyediakan  maklumat berkaitan Undang-undang, Peraturan-peraturan dan konvensyen yang ditandatangani negara untuk penerbitan dan disebarkan melalui bahan bercetak (brosur/pamplet/kalendar/dairi dll), penyiaran di  media cetak dan elektronik dan sebagainya;
  12. Menyelaras dan memberi maklum balas berhubung Dasar dan Pelan Tindakan kementerian dan agensi lain yang berkaitan dengan kumpulan sasar jabatan;
  13. Urus Setia Senior Officials Meeting on Social Welfare and Development (SOMSWD) bagi JKM
  14. Menyelaras penghantaran pegawai JKM ke mesyuarat/bengkel/seminar/kursus ke luar negara yang dipohon oleh KPWKM
  15. Menjadi Urus Setia Mesyuarat Jawatankuasa Dasar JKM
  16. Urus Setia lawatan delegasi dari luar negara
  17. Memberi taklimat berkenaan perkhidmatan JKM kepada pelawat dalam negara ke JKM dan KPWKM
  18. Menyelaras peruntukan kewangan Bahagian
  19. Menyelaras maklumbalas dari Bahagian untuk Mesyuarat J/K Dasar KPWKM, Mesyuarat Pengurusan Tertinggi, Mesyuarat Ketua Bahagian, Mesyuarat Pagi dan Mesyuarat Pengurusan Akaun dan Kewangan.
  20.  Keurusetiaan dan penyelarasan urusan Parlimen peringkat Jabatan:
 
B. CAWANGAN DASAR DAN ANTARABANGSA WARGA EMAS
  1. Menyelaras komitmen Kerajaan terhadap resolusi, dasar, pelan tindakan dan konvensyen yang dipersetujui di peringkat antarabangsa berkaitan warga emas;
  2. Menyelaras pelaksanaan komitmen antarabangsa yang berkaitan dengan warga emas;
  3. Menyelaras dan memantau program/aktiviti di bawah kerjasama teknikal dengan badan antabangsa berkaitan warga emas;
  4. Menyelaras penyediaan laporan lawatan, persidangan, seminar dan bengkel peringkat antarabangsa dalam dan luar negara berkaitan warga emas;
  5. Mewujud dan mempertingkatkan jaringan kerjasama di peringkat antarabangsa berkaitan warga emas;
  6. Mengurus, memantau dan menyediakan maklum balas program kerjasama di antara Kerajaan dan badan antarabangsa;
  7. Menguruskan persediaan untuk menghantar pegawai menghadiri mesyuarat, seminar, bengkel, persidangan dan lawatan peringkat antarabangsa di dalam dan luar negara berkaitan warga emas;
  8. Urus setia mesyuarat berkaitan hubungan antarabangsa mengenai warga emas;
  9. Urus setia mesyuarat luar negara berkaitan warga emas;
  10. Urus setia lawatan ke luar negara berkaitan warga emas;
  11. Menyelaras isu-isu warga emas di peringkat antarabangsa yang dirujuk ke Jabatan;
  12. Menyelaras pelaksanaan komitmen Kerajaan dengan agensi pelaksana di peringkat nasional berkaitan warga emas dan orang papa;
  13. Merancang dan menggubal dasar dan pelan tindakan berkaitan warga emas dan orang papa;
  14. Menyelaras dan memantau pelaksanaan dasar dan pelan tindakan berkaitan warga emas dan orang papa;
  15. Penyelarasan semakan, pindaan dan penggubalan akta, peraturan dan kaedah berkaitan warga emas dan orang papa;
  16. Merancang dan melaksana siri penerangan dan advokasi kepada orang awam,   pegawai JKM, kakitangan agensi kerajaan dan kumpulan sasar mengenai perkhidmatan dan program jabatan;
  17. Menyediakan maklumat berkaitan Undang-undang, Peraturan-peraturan dan konvensyen yang ditandatangani negara untuk penerbitan dan disebarkan melalui bahan bercetak (brosur/pamplet/kalendar/dairi dll), penyiaran di media cetak dan elektronik dan sebagainya.
 
C. CAWANGAN DASAR DAN ANTARABANGSA KANAK-KANAK
  1. Menyelaras komitmen Kerajaan terhadap resolusi, dasar, pelan tindakan dan konvensyen yang dipersetujui di peringkat kebangsaan dan antarabangsa berkaitan kanak-kanak;
  2. Menyelaras dan memantau program/aktiviti di bawah kerjasama teknikal dengan badan antabangsa berkaitan kanak-kanak;
  3. Menyelaras penyediaan laporan lawatan, persidangan, seminar dan bengkel peringkat antarabangsa dalam dan luar negara berkaitan kanak-kanak;
  4. Mewujud dan mempertingkatkan jaringan kerjasama di peringkat antarabangsa berkaitan kanak-kanak;
  5. Mengurus, memantau dan menyediakan maklum balas program kerjasama di antara Kerajaan dan badan antarabangsa;
  6. Menguruskan persediaan untuk menghantar pegawai menghadiri mesyuarat, seminar, bengkel, persidangan dan lawatan peringkat antarabangsa di  dalam dan luar negara berkaitan kanak-kanak;
  7. Urus setia mesyuarat berkaitan hubungan antarabangsa mengenai kanak-kanak;
  8. Urus setia lawatan ke luar negara berkaitan kanak-kanak;
  9. Menyelaras isu-isu kanak-kanak di peringkat antarabangsa yang dirujuk ke Jabatan
  10. Merancang dan menggubal dasar dan pelan tindakan berkaitan kanak-kanak;
  11. Menyelaras dan memantau pelaksanaan dasar dan pelan tindakan kanak-kanak;
  12. Penyelarasan semakan, pindaan dan penggubalan akta, peraturan dan kaedah  di bawah bidang kuasa jabatan;
  13. Merancang dan melaksana siri penerangan dan advokasi kepada orang awam, pegawai JKM, kakitangan agensi kerajaan dan kumpulan sasar mengenai perkhidmatan dan program jabatan;
  14. Menyediakan maklumat berkaitan undang-undang, Peraturan-peraturan dan konvensyen yang ditandatangani negara untuk penerbitan dan disebarkan melalui bahan bercetak (brosur/pamplet/kalendar/dairi dll), penyiaran di  media cetak dan elektronik dan sebagainya.
 
 
D. CAWANGAN DASAR DAN ANTARABANGSA ORANG KURANG UPAYA (OKU)
  1. Menyelaras komitmen Kerajaan terhadap resolusi, dasar, pelan tindakan dan konvensyen yang dipersetujui di peringkat antarabangsa berkaitan OKU; 
  2. Menyelaras pelaksanaan komitmen Kerajaan dengan agensi pelaksana di peringkat nasional berkaitan OKU;
  3. Menyelaras pelaksanaan komitmen antabangsa yang berkaitan  OKU;
  4. Menyelaras dan memantau program/aktiviti di bawah kerjasama teknikal dengan badan antabangsa berkaitan OKU;
  5. Menyelaras penyediaan laporan lawatan, persidangan, seminar dan bengkel peringkat antarabangsa dalam dan luar negara berkaitan OKU;
  6. Mewujud dan mempertingkatkan jaringan kerjasama di peringkat antarabangsa berkaitan OKU;
  7. Menguruskan persediaan untuk menghantar pegawai menghadiri mesyuarat, seminar, bengkel, persidangan dan lawatan peringkat antarabangsa di dalam dan luar negara berkaitan OKU;
  8. Mengurus, memantau dan menyediakan maklum balas program kerjasama di antara Kerajaan dan badan antarabangsa;
  9. Urus setia mesyuarat berkaitan hubungan antarabangsa mengenai OKU;
  10. Urus setia lawatan ke luar negara berkaitan OKU;
  11. Menyelaras isu-isu OKU di peringkat antarabangsa yang dirujuk ke Jabatan;
  12. Merancang dan menggubal dasar dan pelan tindakan berkaitan OKU;
  13. Menyelaras dan memantau pelaksanaan dasar dan pelan tindakan berkaitan OKU;
  14. Penyelarasan semakan, pindaan dan penggubalan akta,peraturan dan kaedah berkaitan OKU;
  15. Merancang dan melaksana siri penerangan dan advokasi kepada orang awam, pegawai JKM, kakitangan agensi kerajaan dan kumpulan sasar mengenai perkhidmatan dan program jabatan;
  16. Menyediakan maklumat berkaitan Undang-undang, Peraturan-peraturan dan konvensyen yang ditandatangani negara untuk penerbitan dan disebarkan melalui bahan bercetak (brosur/pamplet/kalendar/dairi dll), penyiaran di  media cetak dan elektronik dan sebagainya.
 
 
 
 
 

 
 
Tarikh Kemaskini : 18/11/2019