Info Bahagian

PENGENALAN 
     
Bahagian Pengurusan merupakan salah satu bahagian di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang ditubuhkan sebagai entiti yang memberi sokongan kepada urusan perkhidmatan Jabatan dan pendokong visi dan misi Jabatan. Bahagian Pengurusan terdiri daripada empat buah cawangan yang diketuai oleh Pengarah Pengurusan Gred M54. Pecahan perincian cawangan di Bahagian Pengurusan adalah seperti berikut:

Cawangan Sumber Manusia yang diketuai oleh perjawatan Ketua Penolong Pengarah Kanan Gred M52 yang terdiri daripada empat (4) unit iaitu:

            1.1.1   Unit Pembangunan Organisasi
            1.1.2   Unit Perkhidmatan
            1.1.3   Unit Naik Pangkat dan Prestasi
            1.1.4   Unit Tatatertib
 
1.2       Cawangan Perolehan dan Pengurusan Aset yang diketuai oleh perjawatan Ketua Penolong Pengarah Gred M48 yang terdiri daripada dua             (2) unit iaitu :      
            1.2.1   Unit Perolehan
            1.2.2   Unit Pengurusan Aset
 
1.3       Cawangan Latihan dan Kompetensi yang diketuai oleh perjawatan Ketua Penolong Pengarah Gred M48 yang terdiri daripada dua (2) unit             iaitu :
                        1.3.1   Unit Latihan
                        1.3.2   Unit Kompetensi
 
1.4       Cawangan Kewangan dan Pentadbiran diketuai oleh perjawatan Ketua Penolong Pengarah Gred M48 yang terdiri dari dua (2) unit iaitu :
             1.4.1 Unit Kewangan
             1.4.2 Unit Akaun
 
2.0    OBJEKTIF BAHAGIAN PENGURUSAN
 
        Bahagian Pengurusan memberi perkhidmatan sokongan dalam urusan berkaitan perkhidmatan pembangunan sumber manusia, pengurusan         teknologi maklumat serta pentadbiran dan kewangan kepada semua anggota dan bahagian mengikut aktiviti jabatan serta pentadbiran               negeri secara lengkap dan berkesan.
 
Tarikh Kemaskini : 05/06/2018