Top banner 1

MENGENAI JKM

FUNGSI BAHAGIAN

CAWANGAN PERKHIDMATAN INSTITUSI
 
1. Keurusetiaan Mesyuarat Ketua Institusi / Penyelaras Negeri
2. Menyelaras dan memantau pengurusan operasi, pentadbiran dan kewangan Rumah Seri Kenangan (RSK), Rumah Ehsan (RE) serta Desa Bina Diri (DBD).
3. Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan program Lembaga Pelawat di RSK, RE dan DBD
4. Merancang dan menyediakan modul latihan kepada kakitangan RSK, RE dan DBD
5. Menyelaras pelaksanaan modul JKM kemasukan warga emas ke RSK, RE dan DBD
6. Merancang dan menyelaras pembangunan fizikal RSK, RE dan DBD
7. Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) untuk warga emas di RSK, RE dan DBD

CAWANGAN PEMERKASAAN WARGA EMAS
 
1. Merancang, menyelaras dan memantau program-program strategik dan antarabangsa untuk kesejahteraan warga emas
2. Mengurusetiakan Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Kebangsaan
3. Membangunkan, menyelaras dan memantau pelaksanaan modul Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) untuk warga emas dalam institusi dan komuniti
4. Menyelaras dan memantau pelaksanaan program / aktiviti di peringkat Jawatankuasa Pembangunan Warga Emas Daerah
5. Merancang, menyedia dan membangunkan program kerohanian dan keagamaan warga emas di institusi dan komuniti

CAWANGAN SOKONGAN SOSIAL WARGA EMAS
 
1. Merancang dan menyelaras program perkongsian bijak dengan sektor awam, swasta dan NGO
2. Merancang, menyelaras dan memantau pengurusan serta pelaksanaan aktiviti Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)
3. Merancang, menyelaras dan memantau perkhidmatan Unit Penyayang Warga Emas (UPWE)
4. Merancang, menyelaras dan memantau Projek Pemerkasaan Ekonomi warga emas
5. Merancang, menyelaras dan memantau Program Respite Care di institusi dan komuniti
6. Merancang, menyelaras dan memantau Rumah Seri Kenangan (RSK) Komuniti
7. Memantau penyediaan perkhidmatan / aksesebiliti bagi warga emas
8. Mengumpul, menganalisis dan menyediakan laporan-laporan untuk pemantapan program warga emas

CAWANGAN SEKRETARIAT MAJLIS PENASIHAT DAN PERUNDINGAN WARGA EMAS NEGARA
 

1. Mengurusetiakan Mesyuarat Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Negara
2. Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Sosial dan Rekreasi (JKKSR) di bawah MPPWEN
3. Mengurusetiakan Mesyuarat Biro Pembangunan Sosial (BPS) di bawah JKKSR
4. Menyelaras dan memantau pelaksanaan program / aktiviti di peringkat Jawatankuasa Pembangunan Warga Emas Negeri dan Daerah