Top banner 1

MENGENAI JKM

FUNGSI BAHAGIAN

Fungsi Umum Bahagian
(i) Pakar rujuk bagi aspek pelaksanaan perkhidmatan kaunseling dan aplikasi psikologi kepada kumpulan sasar dan personel
(ii)Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau program pembangunan modal insan meliputi pencegahan, pemulihan, pembangunan dan pengintegrasian
    kepada kumpulan sasar dan personel di peringkat ibu pejabat, negeri, daerah dan institusi.
(iii) Menyelaras, melaksana, menganalisis dan memantau pelaksanaan dan keberkesanan intervensi kaunseling serta aplikasi psikologi terhadap kumpulan sasar dan
     personel di peringkat ibu pejabat, negeri, daerah dan institusi melalui:-
     kaunseling individu, kaunseling kelompok, kaunseling keluarga, kaunseling perkahwinan, tele-kaunseling, intervensi krisis, trauma, intervensi jangka pendek,
     bimbingan, kaunseling dan bimbingan, kerjaya, psikopendidikan.

Bahagian Kaunseling dan Psikologi terdiri daripada enam (6) cawangan:
i) Cawangan Psikologi Organisasi
ii) Cawangan Psikologi Komuniti
iii) Cawangan Gero Psikologi
iv) Cawangan Pedia Psikologi
v) Cawangan Psikologi OKU
vi) Cawangan Penaksiran Psikologi

CAWANGAN PSIKOLOGI ORGANISASI 


(i)Merancang, membangun, menyelaras, melaksana, dan memantau program pembangunan sahsiah dan modal insan meliputi pencegahan, pemulihan, pembangunan 
   dan pengintegrasian kepada personel di peringkat ibu pejabat, negeri, daerah dan institusi. 

(ii)Merancang, membangun, menyelaras, melaksana dan memantau intervensi kaunseling dan psikologi kepada personel di peringkat ibu pejabat, negeri, daerah dan
    institusi. 

(iii)Merancang, membangun, menyelaras, melaksana dan memantau dokumentasi serta pematuhan kualiti berkaitan perkhidmatan kaunseling dan psikologi di peringkat
     ibu pejabat, negeri, daerah dan institusi. 

(iv)Merancang, membangun, menyelaras, melaksana, menganalisa keperluan dan memantau Pelan Operasi Latihan dan kursus professional, kompetensi dan
     kemahiran Pegawai Psikologi JKM di peringkat ibu pejabat, negeri, daerah dan institusi.

(v)Merancang, membangun, menyelaras, melaksana dan menganalisis penyelidikan perkhidmatan psikologi organisasi di peringkat ibu pejabat, negeri, daerah dan
     institusi.

(vi)Memantau dan menyelaras data pelaporan atas talian berkaitan perkhidmatan psikologi dan kaunseling dalam sistem e-JKM.  
 
CAWANGAN PSIKOLOGI KOMUNITI


(i) Merancang, membangun, melaksana, menyelaras dan memantau intervensi psikologi dan kaunseling berkaitan Kesejahteraan Psikologi Keluarga di ibu pejabat,
    negeri & daerah.

(ii) Merancang, membangun, melaksana, menyelaras dan memantau intervensi berkaitan Kefungsian Mangsa Bencana / Krisis di peringkat ibu pejabat, negeri, daerah
     dan institusi. 

(iii) Merancang, membangun, melaksana,menyelaras dan memantau intervensi berkaitan Peningkatan Keupayaan Klien Penerima Bantuan dan Pesalah Muda di
     peringkat ibu pejabat, negeri, daerah dan institusi. 

(iv)Merancang, menyelaras, menganalisis dan membangun panduan, standard prosedur dan modul berkaitan perkhidmatan kaunseling dan psikologi komuniti. 
(v) Merancang, menyelaras dan menganalisa keperluan latihan kepakaran kepada Pegawai Psikologi di peringkat ibu pejabat, negeri, daerah dan institusi berkaitan
     aspek kesejahteraan, kefungsian dan pengupayaan kendiri keluarga, mangsa bencana/krisis dan penerima bantuan. 

(vi) Merancang, membangun, menyelaras, melaksana, dan menganalisis penyelidikan berkaitan perkhidmatan psikologi komuniti di peringkat ibu pejabat, negeri dan
      daerah.
 

 CAWANGAN GERO PSIKOLOGI 


(i) Merancang, membangun, menyelaras, melaksana dan memantau program keseimbangan sahsiah dan kelestarian modal insan kepada warga emas dan penghuni 
    warga emas di peringkat negeri, daerah dan institusi. 

(ii) Merancang, melaksana, menyelaras melaksana dan memantau pelaksanaan intervensi psikologi dan kaunseling kepada warga emas dan penghuni warga emas di 
     peringkat negeri, daerah dan institusi. 
(iii) Merancang, membangun, menyelaras, melaksana dan memantau dokumentasi perkhidmatan dan program psikologi dan kaunseling warga emas institusi dan 
      komuniti. 

(iv) Merancang, menyelaras, menganalisis dan membangun panduan, standard prosedur dan modul berkaitan kaunseling dan psikologi warga emas. 
(v)  Merancang, membangun, menyelaras, melaksana dan menganalisis penyelidikan berkaitan perkhidmatan psikologi warga emas di peringkat ibu pejabat, negeri dan
      daerah. 
(vi) Merancang, menyelaras, melaksana dan menganalisa keperluan latihan kepakaran kepada Pegawai Psikologi di peringkat ibu pejabat, negeri, daerah dan institusi
      berkaitan aspek psikologi warga emas.
 

CAWANGAN PEDIA PSIKOLOGI 


(i) Merancang, menyelaras, memantau dan memurnikan garis panduan serta Modul Bengkel Interaktif. 
(ii)Menyelaras, menganalisa dan memantau perlaksanaan serta keberkesanan modul Bengkel Interaktif. 
(iii)Merancang, membangun, menyelaras dan memantau keberkesanan program pembimbing rakan sebaya dan psikoterapi di institusi kanak-kanak JKM. 
(iv)Merancang, melaksana, menyelaras dan memantau pelaksanaan perkhidmatan kaunseling dan psikologi terhadap kanak-kanak yang memerlukan dan dirujuk di
      peringkat ibu pejabat, negeri, daerah dan institusi. 

(v)Merancang, membangun, menyelaras, melaksana dan menganalisis penyelidikan berkaitan perkhidmatan psikologi kanak-kanak di peringkat ibu pejabat, negeri dan 
     daerah. 

(vi)Merancang, melaksana, menyelaras dan memantau perlaksanaan profiling kaunseling dan psikologi kanak-kanak di peringkat institusi. 
(vii)Menyelaras dan memantau pelaksanaan perkhidmatan kaunseling dan psikologi kepada kanak-kanak yang telah tamat tempoh perintah institusi JKM.  

 CAWANGAN PSIKOLOGI OKU


(i) Merancang, membangun, melaksana, menyelaras intervensi kaunseling dan psikologi kepada Orang Kurang Upaya (OKU) di ibu pejabat, negeri, daerah dan institusi 
     OKU. 

(ii) Merancang, menyelaras, melaksana dan menganalisa latihan kepakaran dan kompetensi kepada Pegawai Psikologi dalam bidang intervensi ke arah kesejahteraan 
     kendiri OKU. 

(iii) Merancang, melaksana, menyelaras dan memantau intervensi kaunseling dan psikologi kepada warga jabatan OKU di peringkat ibu pejabt, negeri, daerah dan 
      institusi. 

(iv) Merancang, membangun, menyelaras, melaksana dan menganalisis penyelidikan berkaitan perkhidmatan psikologi OKU di peringkat ibu pejabat, negeri dan
      daerah. 

(v)  Merancang, menyelaras, menganalisis dan membangun panduan, standard prosedur dan modul berkaitan kaunseling dan psikologi OKU.  

CAWANGAN PENAKSIRAN PSIKOLOGI


(i) Merancang, membangun, menyelaras dan memantau aktiviti-aktiviti berkaitan penilaian psikologi/ alat psikometrik dalam pengendalian kes-kes Bengkel Interaktif. 
(ii)Merancang,  membangun, menyelaras dan memantau aktiviti-aktiviti berkaitan penilaian psikologi/ alat psikometrik kepada kumpulan sasar dan personel. 
(iii)Menyelaras, mengemaskini, menganalisis dan memantau data statistik perkhidmatan Bahagian Kaunseling dan Psikologi. 
(iv)Menjadi sumber rujukan bagi aspek penilaian, psikometrik dan penyelidikan kaunseling dan psikologi kepada jabatan. 
(v)Menyediakan konsultasi dan mewujudkan kerjasama ulasan pakar (expert review) dengan NGOs, agensi awam, swasta dan institusi bagi aspek penilaian, 
     psikometrik, penyelidikan dan pelaporan ujian psikologi. 

(vi) Merancang, membangun, menyelaras, melaksana dan menganalisis soal-selidik dan aktiviti-aktiviti penyelidikan berkaitan perkhidmatan kaunseling dan psikologi
      secara menyeluruh di peringkat ibu pejabat, negeri dan daerah.