Fungsi Bahagian

CAWANGAN HUBUNGAN  MULTISEKTORAL 
 
1. TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) DAN KOLABORASI STRATEGIK 
  • Merancang/mengurus/menyelaras program kesedaran  dan galakan Tanggungjawab Sosial Korporat/Corporate Social Responsibility (CSR) serta kolaborasi strategik melalui perkongsian bijak (multisektoral) dengan menggalakkan    penglibatan sektor kerajaan/korporat/ swasta/pertubuhan sukarela kebajikan (PSK)/pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam kerja-kerja kebajikan dan pembangunan masyarakat.
2.  PENGURUSAN SUMBANGAN KORPORAT 
  • Merancang/mengurus/menyelaras/memantau aktiviti sumbangan korporat daripada sektor kerajaan/korporat/ swasta/pertubuhan sukarela kebajikan (PSK)/pertubuhan bukan kerajaan (NGO)/individu kepada kumpulan sasar Jabatan. 
3. PENGURUSAN MYCORPORATE CARE 
  • Mentadbir urus Sistem MyCorporate Care melalui     Jawatankuasa Pasukan Projek ICT MyCorporate Care. 
CAWANGAN PERTUBUHAN SUKARELA KEBAJIKAN
 
1. PERTUBUHAN SUKARELA KEBAJIKAN (PSK) 
  • Membangun/menyelaras/memantau/khidmat nasihat pelaksanaan Garis Panduan Pemberian Bantuan Geran Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) agar tadbir urus PSK di tahap yang optimum demi kesejahteraan kumpulan sasar Jabatan di PSK.
  • Mengurus/menyemak/menyedia dokumen permohonan/perjanjian Bantuan Geran PSK serta mengurusetia mesyuarat permohonan Bantuan Geran PSK di peringkat Jabatan.
  • Menyelaras dan memantau pengagihan peruntukan bagi geran PSK kepada PSK yang diluluskan.
  • Menjalankan pemantauan ke atas PSK Kebangsaan yang telah diluluskan geran PSK.
2. BANTUAN KHAS PERBENDAHARAAN (BKP) 
  • Menyelaras/memantau/khidmat nasihat pelaksanaan program/aktiviti di bawah Bantuan Khas Perbendaharaan agar setiap program/aktiviti yang dijalankan memberi impak kepada pembangunan dan kesejahteraan kumpulan sasar Jabatan.
  • Mengurus/menyemak/menyedia dokumen permohonan/perjanjian Bantuan Kewangan BKP, mengurusetia mesyuarat permohonan Bantuan Kewangan BKP di peringkat Jabatan dan menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Induk BKP di peringkat KPWKM.
  • Menyelaras dan memantau pengagihan peruntukan bantuan kewangan BKP kepada NGO yang diluluskan. 
3. CUKAI
  • Menyelaras permohonan pengecualian cukai daripada NGO/PSK dengan JKM Negeri dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
CAWANGAN KESUKARELAAN
 
1. PENGURUSAN SUKARELAWAN JKM
 
  •  Menguruskan keahlian Sukarelawan JKM.
  • Membangunkan pangkalan data Sukarelawan JKM.
  • Merancang, menggubal, melaksana dan memantau Garis Panduan Pengurusan Sukarelawan JKM.
 
2. PENGURUSAN PEMBANGUNAN SUKARELAWAN JKM 
  • Membangun latihan kepada sukarelawan.
  • Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan program pembangunan kesukarelaan dalam komuniti dan penyelarasan sukarelawan bencana.
  • Mengurus dan memantau Program Volunteers To Institutions (V2i), Program Pusat Aktiviti Sukarelawan atau Volunteers Activity Centre (V@C) serta membangun Program Ganjaran Sukarelawan (Volunteer Reward Program).
  • Menyelaras  penganjuran Majlis Anugerah Kesukarelaan peringkat negeri dan kebangsaan.
  • Menyelaras Sukarelawan JKM ke peringkat antarabangsa. 
3. PENGURUSAN KEWANGAN BAHAGIAN 
  • Mengurus dan menyelaras keperluan kewangan Bahagian.
  • Membuat unjuran keperluan awal tahun dan agihan peruntukan kepada negeri.
  • Mengurus laporan kewangan bahagian.
  • Mengurus ePerolehan yang melibatkan tindakan pengesahan dan kelulusan bagi Nota Minta, LO dan perkara berkaitan perolehan bahagian. 
4. PENERBITAN BAHAGIAN            
           
  • Mengurus dan menyelaras keperluan penerbitan bahagian.  
 CAWANGAN PEMERKASAAN KOMUNITI
 
1. PENGURUSAN PEMERKASAAN KOMUNITI BANDAR 
  • Merancang, menyelaras dan memantau Program Pembangunan Komuniti di PPR, Program Projek Organisasi Komuniti (POK)  dan kawasan berisiko tinggi, program-program  komuniti (ad-hoc), program dan aktiviti di Pusat Transformasi Bandar (UTC). 
2. PENGURUSAN PEMERKASAAN  KOMUNITI LUAR BANDAR 
  • Merancang, menyelaras dan memantau program pembangunan komuniti di PPR, Program POK  dan kawasan berisiko tinggi, program-program  komuniti (ad-hoc), program dan aktiviti di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC).
 
3. PENGURUSAN PROGRAM KHIDMAT BANTU  DI RUMAH (KBDR) 
  • Merancang, menyelaras dan memantau Program Khidmat   Bantu  Di Rumah (KBDR), latihan  kewangan   pelaporan dan pemantauan
Tarikh Kemaskini : 11/01/2024