Top banner 1

Bulan Kebajikan Negara 2017

MENGENAI JKM

FUNGSI BAHAGIAN

FUNGSI CAWANGAN :
1. Cawangan Pematuhan
2. Cawangan Aduan & Siasatan
3. Cawangan Perundangan

CAWANGAN PEMATUHAN
Penyelarasan dan Pelaksanaan Penguatkuasaan Akta :
 
AKTA KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994
  1. Memantau dan mengawalselia pelaksanaan Akta;
  2. Menyedia SOP kes keganasan rumahtangga dan memantau pelaksanaanya;
  3. Merancang dan menyelaras penubuhan dan pelaksanaan badan pendamai di bawah AKRT;
  4. Merancang, memantau dan menilai pelaksanaan program tempat-tempat selamat di bawah AKRT;

AKTA ORANG PAPA 1977
  1. Memantau dan mengawal selia pelaksanaan AOP;
  2. Menyelaras dan mengawal selia pelaksanaan Kaedah-Kaedah(Rumah Kebajikan) Orang-Orang Papa 1981;
  3. Memantau pelaksanaan operasi pengemisan orang papa di seluruh Negara;
  4. Menyelaras, memantau, mengawal selia dan menilai pelaksanaan program penempatan sementara di bawah subseksyen 3(2);
  5. Menyelaras dan memantau kemasukan kes ke institusi di bawah akta;
  6. Memberi khidmat nasihat berkaitan pelaksanaan semua akta di bawah bidang kuasa jabatan;

AKTA PUSAT JAGAAN 1993 DAN AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984
  1. Pendaftaran Pusat Jagaan dan TASKA
  2. Memantau dan memastikan semua TASKA dan Pusat Jagaan didaftar dan beroperasi mengikut keperluan peruntukan Akta TASKA 1984 dan Akta Pusat Jagaan 1993 serta Peraturan-peraturan yang berkaitan;
  3. Menyelaras dan memantau pelaksanaan program pemutihan TASKA dan pusat jagaan yang tidak berdaftar;
 
LAIN-LAIN
  1. Menyelaras dan memantau pelaksanaan operasi eksploitasi kanak-kanak;
  2. Merujuk kes yang tidak mematuhi  peruntukan di bawah akta yang berkaitan ke Cawangan Aduan dan Siasatan untuk tindakan siasatan;
 
 
CAWANGAN ADUAN DAN SIASATAN
 
Pemeriksaan
  1. Menyelaras dan memantau pengendalian aduan berkaitan  semua akta di bawah bidang kuasa jabatan;
  2. Menyelaras pelaksanaan latihan dan kursus Pegawai Penyiasat;
  3. Menyelaras dan memantau pelaksanaan operasi lak TASKA dan pusat jagaan;
  4. Menyelaras  penyediaan kertas siasatan dan merujuk kepada Cawangan Pendakwaan;
  5. Menyedia Standards Operating Procedure (SOP) berhubung proses siasatan dan memantau pelaksanaannya;
 
Kompaun, Lak, Pembatalan Pendaftaran, dan Arahan Bertulis Ketua Pengarah
  1. Menyelaras tindakan penguatkuasaan terhadap kesalahan di bawah Akta TASKA / Pusat Jagaan;
  2. Menyemak laporan dan syor bagi mendapatkan perakuan daripada Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat dan keizinan Pendakwa Raya;
  3. Mengurus sistem pemantauan dan pembayaran kompaun yang efektif dan terkawal;
  4. Mengeluarkan  dan memantau notis kesalahan boleh kompaun/ notis penutupan sementara / arahan  pematuhan daripada  Ketua Pengarah.
Eksihibit
  1. Memastikan dokumen-dokumen penting seperti sijil eksibit, afidavit, disediakan sebelum mengemukakan notis usul di mahkamah;
  2. Menkatalog, mengurus dan memastikan keselamatan mana-mana eksibit dan dokumen kes-kes perundangan daripada Cawangan Aduan dan Siasatan;
  3. Membangun dan melaksanakan garis panduan dan polisi untuk pengurusan eksibit;
  4. Memastikan eksibit dipulangkan dengan selamat;
  5. Memastikan dokumen tertentu yang perlu dimusnahkan sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah apabila kes telah selesai;


CAWANGAN PERUNDANGAN

Pendakwaan
  1. Memantau dan menyelaras perlaksanaan pendakwaan bagi semua akta di bawah bidang kuasa  jabatan;
  2. Menyelaras, menyemak, meneliti, mengkaji dan menilai kertas siasatan berhubung semua akta di bawah bidang kuasa jabatan yang dikemukakan daripada Cawangan Aduan dan Siasatan untuk pendakwaan;
  3. Menyiapkan fail dan penyataan pembelaan/pendakwaan termasuk kajian semula fail kes dan menyediakan syor yang berkaitan; 
  4. Membuat persediaan perbicaraan dan mewakili Jabatan dalam kes-kes berkaitan;
  5. Memantau, memberi nasihat  dan arahan berkaitan pendakwaan dan kes-kes pendakwaan kepada pegawai pendakwa negeri / daerah;
  6. Memaklumkan keputusan kes-kes yang penting dan terbaru kepada Timbalan Pendakwa Raya;
  7. Membangunkan program dan strategi bagi peningkatan tahap pendakwaan;
  8. Mengkaji penyediaan dan pelaksanaan garis panduan 'SOP', penyenggaraan rekod / pangkalan data dan latihan berkaitan pendakwaan;
 
Pewartaan
  1. Menyelaras pengurusan dan pengendalian pewartaan Akta dan peraturan-peraturan di bawah JKM;
  2. Menyelaras pengurusan pewartaan pegawai-pegawai dan mengeluarkan kad kuasa;
  3. Menyelaras pengurusan pewartaan institusi sebagai tempat selamat, tempat perlindungan, tempat berlindung dan tempat tahanan;
  4. Menyelaras pengurusan pelantikan dan latihan kepada Penasihat Mahkamah bagi Mahkamah Kanak-kanak;
  5. Menyelaras, menyemak, dan mengkaji penyediaan dan pelaksanaan garis panduan 'SOP' pewartaan dan penasihat mahkamah;
  6. Menyediakan pangkalan data pewartaan dan menyelaras semua rekod yang berkaitan.

Semakan Input Pindaan Akta, Peraturan-Peraturan dan Kaedah-Kaedah di bawah bidang kuasa Jabatan
  1. Menyelaraskan input-input pindaan terhadap Akta, Peraturan-Peraturan dan Kaedah-Kaedah di bawah bidang kuasa jabatan.
  2. Menyelaraskan Mesyuarat Akta di bawah bidang kuasa Jabatan secara berkala
  3. Mengemaskini status pindaan dan perancangan pindaan terhadap Akta, Peraturan-Peraturan dan Kaedah