Fungsi Bahagian

FUNGSI BAHAGIAN
Bahagian ini memastikan khidmat pemeliharaan, perlindungan, pemulihan dan pembangunan kanak-kanak disediakan dengan cekap dan berkesan.

FUNGSI CAWANGAN

1. CAWANGAN PERLINDUNGAN KANAK-KANAK 
  
i.   Menyelaras pegurusan, aktiviti dan program di Rumah Kanak-kanak (RKK) dan Rumah Tunas Harapan (RTH)
ii.  Menyelaras dan menyelia pelantikan Ahli Lembaga Pelawat RKK dan RTH
iii. Menyelaras dan memantau kes-kes berkaitan dengan penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak kepada situasi merbahaya mengikut AKK 2001.
iv.  Menyelaras dan memantau pengurusan kes, rekod dan penempatan  anak pelihara (seksyen 31, AKK 2001)
v.   Menyelaras kepada pematuhan terhadap pengurusan kes seksyen 35, AKK 2001
vi.  Menyelaras pengurusan kes di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIP)
vii. Merancang, memantau dan menyelaras program Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak (PPKK) dan Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK)
viii.Menyelaras dan menyelia pelantikan PPKK
ix.  Menyelaras dan memantau kes pendaftaran dan kewarganegaraan kanak-kanak di Institusi kanak-kanak JKM dan RTH
x.   Merancang, menyelaras dan memantau program Khidmat saksi kanak-Kanak


2. CAWANGAN  REHABILITASI  DAN KEADILAN  SOSIAL  KANAK-KANAK

i.  Merancang, menyelaras dan memantau pengurusan kes kanak-kanak yang terlibat dengan bahaya moral, perlindungan segera, jenayah dan tidak terkawal di institusi dan di komuniti atau daerah.
ii.  Naziran dan pemantauan aktiviti dan program di institusi pemulihan
iii. Menyelaras pelantikan  ahli Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak Daerah (JKKD) dan memantau program aktiviti JKKD. 
iv. Menyelaraskan dan menyelia pelantikan ahli Lembaga Pelawat Institusi Pemulihan. 
v.  Merancang, menyelaras dan memantau program pemulihan berasaskan perkongsian bijak dengan agensi kerajaan dan
            swasta

3. CAWANGAN PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK

i.   Pendaftaran TASKA
ii.  Menyelaras dan menyelia perlaksanan Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA (KAP)
iii. Menyelaras pengunaan sistem:
                      • eJKM modul TASKA
                      • EZ2Care dan
                      • NCDC (National Child Data Centre)
iv.  Menyelaras perkhidmatan TASKA 1Malaysia
v.   Menyelaras perlaksanaan PERMATA Q bagi TASKA berdaftar dengan JKM
vi.  Penyelarasan dan pemantauan pemberian subsidi yuran pengasuhan TASKA
vii. Menyelaras pengiktirafan agensi latihan KAP, jurulatih dan fasilitator KAP

4. CAWANGAN INSTITUSI DAN PEMBANGUNAN POTENSI KANAK-KANAK 

i.  Merancang, menyelaras, memantau dan menilai keberkesanan program serta aktiviti berkaitan perkembangan kanak-kanak, latihan vokasional, akademik, agama dan sahsiah
ii.  Merancang, menyelaras dan menilai program keagamaan dan moral  kanak-kanak di institusi
iii. Merancang, menyelaras dan menilai program akademik dan latihan kemahiran kanak-kanak di institusi
iv. Merancang dan menyelaras program kemahiran vokasional selaras dengan Program Persijilan Kemahiran Malaysia di institusi
v.  Merancang dan menyelaras modul/ kurikulum berkaitan program kanak-kanak di institusi
vi. Menyelaras program-program pembangunan potensi kanak-kanak bersama NGO, sektor korporat, badan berkanun khususnya mengenai program Tanggungjawab Sosial Korporat bersama jabatan.

5. SEKRETARIAT MAJLIS PENASIHAT DAN PERUNDINGAN KANAK-KANAK KEBANGSAAN

i.   Mengurusetiakan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Kanak-Kanak 
ii.  Mengurusetiakan Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia Peringkat Kebangsaan 
iii.  Menyelaras kefungsian Majlis Perwakilan Kanak-kanak Kebangsaan (MPKK)  
 
Tarikh Kemaskini : 03/04/2019